Laporan Tahunan UPNM 2020

86 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Akademi Kecergasan Pertahanan KEJOHANAN SUKAN INTER ASASI UNIVERSITI AWAM “INTER ASASI GAMES 2020” (IAG 2020) Kejohanan Sukan Inter Asasi Universiti Awam “Inter Asasi Games 2020” (IAG 2020) telah berlangsung pada 17 hingga 19 Januari 2020 bertempat Pusat Pengajian Pra Universiti, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Kejohanan ini merupakan kejohanan tahunan yang dianjurkan bagi mengeratkan lagi jaringan hubungan antara Program Asasi dan Matrikulasi seluruh Malaysia. Selain itu kejohanan ini bertindak sebagai platform bagi mengetengahkan bakat sukan dikalangan pelajar Asasi. Kontingen Asasi UPNM telah menyertai sebanyak 5 jenis sukan pada kejohanan ini iaitu Bola Jaring, Futsal, Badminton, Sepak Takraw dan Olahraga terdiri daripada 22 orang atlet lelaki dan 11 orang atlet wanita serta 5 orang pegawai dan jurulatih terlibat pada kejohanan ini. Penyertaan kontingen Asasi kali ini telah berjaya menduduki tempat ke-6 daripada 13 kontingen yang bertanding dengan meraih 2 pingat Emas, 1 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa. Keputusan bagi setiap perlawanan adalah seperti di Jadual 23: Jadual 23: Keputusan Bagi Setiap Perlawanan Bil. Sukan Perlawanan Lawan/ Acara Keputusan Peringkat 1. 2. 3. 5. 4. Bola Jaring Sepak Takraw Futsal Olahraga Badminton UPNM UPNM UPNM UPNM UPNM UiTM UUM UMS UM UNIMAS UNIMAS UM UIAM UiTM UIAM UNISZA UM UMS UIAM 100 meter (W) 800 meter (L) 100 meter (L) 400 meter (W) 400 meter (L) 200 meter (W) 800 meter (W) 4 x 100 meter (L) 4 x 800 meter medley (L) UiTM 10 - 6 27 - 6 23 - 5 24 - 8 26 - 23 2 - 0 2 - 0 0 - 2 2 - 0 2 - 0 3 - 1 2 - 1 1 - 0 1 - 2 Perak Gangsa Ke - 14, 16 Ke - 6 Ke - 11, 12 Ke - 5 Ke - 4 Ke - 7 Ke - 5 10 - 21, 5 - 21 Kumpulan Separuh Akhir Akhir (Emas) Kumpulan Separuh Akhir Akhir (Emas) Kumpulan Separuh Akhir (Gangsa) Akhir Awal Secara keseluruhan Kontingen Asasi UPNM telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan merupakan antara pencapaian terbaik sepanjang penyertaan UPNM dalam Kejohanan Sukan Inter Asasi Universiti Awam “Inter Asasi Games” (IAG). PASUKAN BOLA JARING TELAH BERJAYA MEMENANGI PINGAT EMAS PADA KEJOHANAN SUKAN INTER ASASI UNIVERSITI AWAM 2020 Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 86 07/03/2022 11:45 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz