Laporan Tahunan UPNM 2020

3 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan melalui naik tarafnya sebagai sebuah universiti yang diwartakan pada 10 November 2006. Di samping memperolehi kelayakan profesional, semua Pegawai Kadet ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka bakal berkhidmat dalam Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia. Manakala bagi pelajar awam yang bergraduat mereka bakal menceburi perkhidmatan beruniform yang lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan 4sejarah Penubuhan Imigresen Malaysia dan perkhidmatan awam serta sektor swasta, terutama dalam bidang industri pertahanan dan keselamatan negara. Di samping Pusat Asasi Pertahanan, UPNM telah menubuhkan empat buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan serta Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan. Program akademik yang ditawarkan di fakultifakulti adalah setanding dengan Universiti Awam (UA) dalam dan luar negara. Program-program ditawarkan oleh UPNMmenarikminat bakal pelajar kerana ia melibatkan pengajian dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi boleh diaplikasi kepada pengurusan pertahanan dan keselamatan negara, di samping dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi terkini. Sejarah Penubuhan Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 3 07/03/2022 11:42 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz