Laporan Tahunan UPNM 2020

37 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Petunjuk dan Laporan Prestasi Utama (KPI) Menteri 3. Pelbagai pencapaian berjaya dicapai oleh mahasiswa UPNM di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, antaranya: (i) Anugerah Pingat Tunku Yayasan Tunku Abdul Rahman yang diterima oleh dua orang pelajar iaitu Aswinkumar s/o Gunasekaran dan Mohamad Affan Bin Mohamad Nassruddin. (ii) UPNM telah menyertai Karnival Sukan MASUM Fasa 1 2020 di UiTM Arau dan berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan daripada 20 Universiti Awam yang bertanding dengan memungut lapan Pingat Emas, empat Pingat Perak dan enam Pingat Gangsa. Pingat-pingat tersebut telah disumbang melalui sukan Silat (enam Emas, dua Perak dan tiga Gangsa), Karate (dua Emas, satu Perak dan dua Gangsa), Tenis (satu Perak dan satu Gangsa); dan (iii) UPNM telah menyertai Kejohanan Sukan Inter-Asasi Universiti Awam ‘Inter-Asasi Games 2020’ (IAG 2020) di UniMAS dan berjaya menduduki tempat keenam daripada 13 kontingen yang bertanding dengan meraih dua Pingat Emas, satu Pingat Perak dan dua Pingat Gangsa. Pingat-pingat tersebut telah disumbangmelalui sukan Bola Jaring (satu Emas), Sepak Takraw (satu Emas), Olahraga (satu Perak dan satu Gangsa), Futsal (satu Gangsa). 4. UPNM telah berjaya mengumpul dana wakaf sebanyak RM111,721 pada tahun 2020 menjadikan jumlah keseluruhan dana wakaf yang terkumpul adalah sebanyak RM157,617. 5. UPNM telah berjaya mengkomersilkan produk Tactical Communications Operation System Management (TACCOMS) melalui pelesenan kepada rakan industri. Pada tahun 2020, sejumlah RM155,610 telah diterima hasil daripada pelesenan produk tersebut. UPNM turut menghasilkan prototaip rumah mampu milik yang menggunakan panel pelbagai guna dari buluh yang dinamakan Bamboocrete House. Selain itu, Shoulder Air Bag sebuah produk membantu menetapkan posisi pesakit semasa pembedahan berjaya dibangunkan dengan kerjasama industri. Sebanyak 500 unit dihasilkan bertujuan diedarkan kepada hospital-hospital bagi market validation sebelum dilesenkan. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 37 07/03/2022 11:44 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz