Laporan Tahunan UPNM 2020

24 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Pengoperasian Semasa Pandemik Covid-19 Tahun 2020, Negara tidak terkecuali dengan wabak COVID-19 sehingga memaksa Kerajaan membuat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mengekang penularan diseluruh Negara. Pelaksanaan PKP melalui beberapa fasa yang bermula pada 18 Mac 2020 dilaksanakan selepas wabak COVID-19 telah melanda dikalangan komuniti khususnya dan dunia amnya. Sehubungan itu, pihak UPNM tidak terkecuali turut telah mengambil langkah mewujudkan Jawatankuasa Bertindak COVID-19 yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Berbahagia Naib Canselor UPNM disamping barisan Pengurusan Tertinggi Universiti. Jawatankuasa diwujudkan bagi berperanan menggubal Arahan Pentadbiran yang dijadikan dokumen rasmi khusus untuk dijadikan panduandan rujukansebagai langkahpencegahan/ pengawalan risiko dalam membendung penularan wabak COVID-19 dalam kampus UPNM. Melalui Jawatankuasa ini juga telah diwujudkan Pelan Tindakan Pengurusan Krisis iaitu: 4 Penubuhan COVID-19 Response Team sebagai pasukan pemantau dan first responder untuk mentadbir insiden berkaitan wabak COVID-19 di dalam kampus UPNM. Dekan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan telah dilantik sebagai Pengerusi COVID-19 Response Team; 4 Mewujudkan Bilik Operasi COVID-19 sebagai pusat sehenti bagi mentadbir segala hal ehwal berkaitan COVID-19 termasuk penerangan kepada warga UPNM / pelajar / Ibu Bapa berkaitan arahan-arahan dalaman yang dikuat kuasakan. Bilik Operasi COVID-19 UPNM beroperasi sepanjang waktu / 7 hari bekerja yang boleh dihubungi di talian telefon 0193523400; dan 4 Menyediakan dan memajukan laporan harian kepada Dashboard Pelaporan Status Kes COVID-19 Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi. Pelaporan harian tujuh hari seminggu disediakan Pegawai UPNM yang dilantik iaitu Ketua Pusat Kesihatan dan Penolong Pendaftar Kanan Pejabat Pendaftar yang juga merupakan ahli dalam COVID-19 Response Team. 4PENGOPERASIAN SEMASA PANDEMIK COVID-19 Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 24 07/03/2022 11:44 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz