Laporan Tahunan UPNM 2020

21 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Laporan Naib Canselor PENYELIDIKAN DAN INOVASI Tahun 2020 juga telahmelakarkan lonjakan yang begitu signifikan dalambidang penyelidikan dan inovasi UPNM. Secara keseluruhan, UPNM merekodkan dana sebanyak RM7,231,573.79 yang terdiri daripada geran dalaman dan geran luar bagi 87 projek penyelidikan sepanjang tahun 2020. Sesungguhnya, kecemerlangan aspek ini dipacu oleh para akademia yang begitu gigih dan komited dalam memugar ilmu menerusi usaha penghasilan karya penyelidikan baharu dalam bidang tujahan UPNM. Ini juga jelas membuktikan bahawa pendekatan berstrategi menerusi pemerkasaan ekosistem yang kondusif serta pembudayaan berterusan dalam bidang ini telah menampakkan hasil yang begitu positif. Untuk itu juga, integrasi dan jalinan kerjasama penyelidikan rentas disiplin dalam kalangan akademia serta kolaborasi dengan pelbagai institusi penyelidikan dari dalam dan luar negara terus menjadi pendekatan terbaik. PENGUKUHAN JENAMA UPNM Strategi pengukuhan jenama UPNM untuk meningkatkan keterlihatan (visibility) UPNM di peringkat nasional dan global akan terus dijajarkan dan disatukan menerusi gemblengan fungsi semua Fakulti/ Pusat/Jabatan/Bahagian. Iabagimembentuksatusinergi baharuyangbergerakselari dalammeneruskan kesinambungan usaha mencarta UPNM ke kedudukan yang lebih baik pada tahun mendatang. Untuk menjayakan inisiatif ini, penjajaran dan penyatuan sebagai inti sari utama pastinya menuntut usaha gigih semua pihak, terutamanya menerusi perkongsian amalan terbaik dalam segenap aspek sama ada dalam kepakaran disiplin ilmu atau amalan tadbir urus. UPNM kini telah berada di landasan yang tepat, dan menerusi komitmen yang tidak berbelah bahagi oleh seluruh warga, maka sudah pasti sasaran yang diimpikan akan dapat dikecapi. PENUTUP Laporan Tahunan 2020 ini menjadi manifestasi komitmen seluruh warga UPNM, dipacu oleh kepimpinan jitu Lembaga Pengarah Universiti dan Pengurusan Universiti dalam merealisasikan kesinambungan kecemerlangan, selari dengan aspirasi dan ekspektasi pemegang taruh. Dengan dipacu perkhidmatan berasaskan nilai-nilai murni, seluruh warga UPNMakan terusmemberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong selaku Tuanku Canselor, bagi menentukan relevansi dan keunggulan UPNM dapat terus diperteguhkan. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, Ahli-ahli Senat, Pegawai Pengurusan Universiti, serta terutamanya seluruh warga dan mahasiswa UPNM. Begitu juga, setinggitinggi penghargaan diucapkan kepada rakan-rakan Universiti Awam dan Swasta, Kementerian dan agensi Kerajaan, rakan-rakan industri, rakan-rakan NGO serta media massa yang sentiasa berdiri teguh bersama-sama UPNM dalam menempuhi tahun 2020 dengan gemilang dan bermakna. Sesungguhnya, kejayaan dan pengiktirafan yang diterima oleh UPNM sepanjang tahun 2020 bukanlah datang daripada usaha secara sendirian. Realitinya, ia merupakan berkat daripada hasil sumbangan semua pihak menerusi pembentukan satu gagasan tanggungjawab bersama yang dikemudikan secara bijaksana oleh tampuk kepimpinan UPNM. Semoga segala usaha gigih demi menjulang martabat UPNM akan beroleh rahmat dan dipermudahkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sekian dan salam hormat. “KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI” DATUK HASAGAYA BIN ABDULLAH Leftenan Jeneral Naib Canselor Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 21 07/03/2022 11:43 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz