Laporan Tahunan UPNM 2020

201 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Hubungan Industri dan Korporat HUBUNGAN ANTARABANGSA Sepanjang tahun 2020, UPNM turut terjejas dalam menerima lawatan antarabangsa daripada pelbagai institusi. Program-program lawatan ini membawa kepada kesinambungan kerjasama yang erat melingkari hal-hal berkaitan pertukaran tenaga pengajar dan pelajar serta ilmu kepimpinan. Terkesan daripada cabaran pandemik Covid-19 akibat penutupan pintu masuk dan keluar negara sepanjang tahun ini telah memberi impak yang besar kepada lawatan rasmi dan kunjungan hormat dari badan dan institusi luar negara mahu pun ke luar negara. Senarai Lawatan Antarabangsa bagi Tahun 2020 Jadual 78 menunjukkan senarai lawatan antarabangsa bagi tahun 2020 adalah seperti berikut: Jadual 78: Senarai Lawatan Antarabangsa Bagi Tahun 2020 Bil. Tarikh Lawatan 1. 2. 29 Jan 14 Jul Lawatan Rasmi Command and Staff College Ministry of Defence Sultanate of Oman Lawatan Rasmi Lt Col Marc Ascui, Defence Attache, Germany HUBUNGAN UNIVERSITI - INDUSTRI Cabaran pandemik Covid-19 yang melanda negara ini telah memberi kesan kepada Hubungan Universiti - Industri yang dikendalikan oleh Unit Jaringan Industri di bawah Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa. Walau bagaimanapun, aktiviti hubungan universiti – industri ini tetap dijalankan pada tempoh waktu yang dibenarkan selari dengan arahan kerajaan melalui dalam talian (online). Penglibatan tenaga pengajar dalam industri sentiasa dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi membantu tenaga pengajar menimba ilmu danmenambahbaik ilmu pengetahuanmerangkumi perolehan pengalaman, pendedahan kepada amalan sebenar industri, mengaplikasikan pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran, seterusnya melahirkan tenaga pengajar yang berintelektual di UPNM. Pelaksanaan hubungan dua hala ini dilaksanakan melalui pembangunan akademik dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara bersama serta program sangkutan tenaga pengajar UPNM di Syarikat/ Agensi selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Bagimaksud ini, UPNMturut terlibat dalampelbagai aktiviti di peringkat universiti, industri danstakeholder. Cabaran pandemik Covid-19 sepanjang tahun 2020 telah memberi kesan kepada perancangan lawatan kerja/ program/ seminar/ persidangan berkenaan hubungan universiti – industri bagi tahun 2020 sama ada dalam dan luar negara. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 201 07/03/2022 11:51 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz