Laporan Tahunan UPNM 2020

131 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 SEMINAR MARITIME SECURITY OPERATIONS (MASO) 25 -27 Ogos 2020 - Seminar Maritime Security Operations (MASO) 2020 telah dianjurkan oleh Pusat Undang-Undang Tentera dan UndangUndang Kemanusiaan Antarabangsa (CoMIHL), UPNM dengan kerjasama Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC). Tema seminar MASO: “COVID-19: Balancing Border Security Needs with Humanitarian Concerns” ini telah membuka ruang kepada pegawai atasan kerajaan, pembuat dasar dan penguatkuasa undang-undang, wakil organisasi kemanusiaan tempatan dan antarabangsa; dan ahli akademik untuk bertukar pandangan dalam suasana yang neutral dan berilmiah berikutan dengan isu peningkatan populasi pelarian dan pencari tempat selamat (asylum seekers) yang juga membawa kepada kerumitan dan percanggahan negara bangsa moden dan menunjukkan nilai politik, ekonomi dan kemanusiaan yang berbeza, berkaitan dengan pengurusan pendatang antarabangsa. Objektif seminar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai langkah bersesuaian yang perlu diambil bagi menangani isu kemanusiaan dalam menjaga sempadan negara semasa pandemic Covid-19 danmeningkatkan kefahaman mengenai peruntukan bantuan kepada mereka yanbg memerlukan, tanpa mengira bangsa, etnik atau agama. Para penceramah turut berkongsi tentang polisi keselamatan maritim dan imigresen berkenaan penahanan dan pengusiran semasa pandemik dan cabaran yang dihadapi oleh penguatkuasa undang-undang yang bertugas. Sementara itu, wakil daripada agensi kemanusiaan memberikan pandangan mengenai isu berkenaan dan menggariskan tanggungjawab negara kepada hal kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia berkenaan pendatang. Sebagai penutup, sesi panel discussion “Safety of Life at Sea: When Border Security Meets Humanitarian Needs”, telah diadakan dimana penganjur telah menjemput ahli-ahli panel; Encik Mohammad Hafiz Bin Rahim, Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Dr. Azmi Bin Abdul Rahim, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Sektor Kesihatan Antarabangsa, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ms Biljana Milosevic, Head of Delegation, International Committee of the Red Cross (ICRC) danMr. ThomasAlbrecth,MalaysiaRepresentative, United Nations High Commissioner of Refugees (UNHCR). Sesi ini juga turut disiarkan secara langsung melalui microsft team kepada peserta atas talian dan pihak media. Seminar ini telah dihadiri oleh 57 orang pegawai atasan dan pertengahan yang bertanggungjawab dalam operasi keselamatan maritim seperti Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM); pegawai dalam dasar polisi di Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia, organisasi antarabangsa (ICRC, UNHCR dan IOM) serta ahli akademik. Seminar ini telah menjadi platform bagi perbincangan akademik supaya masyarakat lebih memahami fungsi organisasi antarabangsa, dan dalam masa yang sama untuk organisasi antarabangsa memahami aspek kedaulatan dan kawalan sempadan Malaysia. Penyelidikan dan Inovasi Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 131 07/03/2022 11:48 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz