Laporan Tahunan UPNM 2020

121 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penyelidikan dan Inovasi LAWATAN INSTITUT PENYELIDIKAN DAN SAINS TEKNOLOGI PERTAHANAN (STRIDE) Pada 13 Febuari 2020, Cawangan Konvensyen Senjata Kimia, Institut Penyelidikan dan Sains Teknologi Pertahanan (STRIDE) telahmengadakan lawatan ke Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia, CHEMDEF. Lawatan ini diketuai oleh Dr Norliza Hussein selaku ketua cawangan bersama dengan penyelidikdari STRIDE. Lawatan ini bertujuanuntuk bersuai kenal dan membina kerjasama dalam bidang penyelidikan bersama dengan CHEMDEF. Rombongan dari STRIDE turut meluangkan masa melawat makmak-makmal di bawah selian CHEMDEF. Susulan daripada lawatan ini, pihak CHEMDEF telah dijemput pula untuk melawat ke Kompleks Induk STRIDE pada 13 Mac 2020. Pihak CHEMDEF telah berkesempatan melawat fasiliti Cawangan Konvensyen Senjata Kimia, STRIDE di samping mengukuhkan lagi perkongsian ilmu dan kerjasama. BENGKEL PENULISAN DAN PEMURNIAN KERTAS CADANGAN GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL SASARAN 2020 SIRI 3 Pada awal bulan Januari 2020, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Fasa 1 Tahun 2020 iaitu Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS), Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS). PPPI telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan beberapa siri bengkel penulisan iaitu penganjuran “Bengkel Penulisan dan Pemurnian Kertas Cadangan Geran Penyelidikan Fundamental Sasaran 2020 Siri 1” di Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani, Kedah Darul Aman pada 10 hingga 12 Januari 2020 yang lalu. Kemudiannya satu lagi bengkel iaitu “Bengkel Penulisan dan Pemurnian Kertas Cadangan Geran Penyelidikan Fundamental Sasaran 2020 Siri 2” di Pusat Marin, UPNMpada 21 Januari 2020. Bengkel ini telah dihadiri panel-panel berpengalaman yang meneliti, memberikan bimbingan dan menambahbaik kertas cadangan penyelidikan kepada peserta yang hadir. Justeru itu, pihak PPPI telah menganjurkan “Bengkel Penulisan dan Pemurnian Kertas Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 121 07/03/2022 11:47 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz