Laporan Tahunan UPNM 2020

112 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Ketenteraan 16. Infrastruktur Gunasama. Oleh kerana ALK tidakmempunyai kemudahan latihan ketenteraan sendiri, latihan ketenteraan dijalankan dengan cara gunasama kemudahan bersama UPNM. Kemudahankemudahan tersebut adalah seperti berikut: a. Padang bola sepak, hoki dan ragbi. b. Kolam renang. c. Sirkit merentas halangan. d. Abseiling Tower. Proses pembaikan tertakluk kepada Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UPNM. e. Lapangsasar Elektronik. Lapangsasar 10 Meter Air Rifle dibawah kelolaan UPNM dan penggunaan perlu mendapat kebenaran Pusat Sukan, UPNM. f. Kawasan Latihan Medan. Latihan medan PK boleh dan pernah dilaksanakan di Kem Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan yang dahulunya di bawah tanggungjawab MK 1 Bgd. Sebarang aktiviti perlu dikoordinasi dengan UPNM. g. Pondok Skuad. Terdapat 6 buah pondok skuad yang dibina bersebelahan dengan gelanggang tenis UPNM. Fasiliti digunakan semasa kelas ketenteraan seperti LKU dan LKP melibatkan PK seperti Kelas Senjata dan Kelas Ilmu Medan Perang (IMP) serta sebarang Kelas Ketenteraan. h. Ruang Kelas bagi Pelajaran Teori Subjek Ketenteraan. Kelas teori latihan ketenteraan diadakan di Dewan Bestari, Dewan Pendekar, Dewan Lestari, DTT dan Auditorium ALK. 17. Infrastruktur Sukan UPNM. UPNM mempunyai kemudahan 4 buah gelanggang tenis, 2 buah gelanggang futsal dan bola baling. 18. Bangunan Gimnasium ALK. Digunakan oleh staf dan PK untuk acara-acara sukan di ALK. Antara kemudahan gelanggang yang terdapat di gimnasium adalah Futsal, Badminton, Bola Jaring, Bola Baling, Sepak Takraw dan Ping Pong. 19. Gimnasium ALK. Kemudahan yang terdapat di ALK untuk digunakan oleh staf dan PK. Penggunaan gimnasium adalah dibawah pemantauan oleh JL Jasmani ALK. WISMA PEGAWAI KADET (WPK) 20. Keahlian. Semua PK adalah ahli Wisma Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan. Ahli Jawatankuasa Wisma akan dilantik oleh ahli-ahli semasa Mesyuarat Agong Wisma. 21. Kemudahan. Kemudahan yang terdapat di WPK adalah seperti berikut: a. Dewan makan. b. Bilik karaoke. c. Bar. d. Ruang TV. e. Bilik mesyuarat Pemegang Pangkat. f. Ruang bacaan. g. Ruang riadah sukan pool. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 112 07/03/2022 11:47 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz