Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 42

41
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
ragbi, klinik futsal,
charity carwash
, kempen kutipan pakaian dan buku terpakai, gerai jualan,
pameran batik dan juga pameran fotografi.
Subjek KKB merupakan agen penerapan Kemahiran Insaniah. Justeru itu, aktiviti-aktiviti yang
dijalankan semasa kelas kokurikulum dan juga sepanjang karnival ini berlangsung, selain memberi
pengetahuan luar bidang pengkhususan akademik, ianya juga dapat melatih para pelajar dalam
aspek kepimpinan, pengurusan organisasi dan sikap para pelajar supaya sentiasa aktif dan inovatif
terhadap kecergasan fizikal dan mental.
3.11 Program Bual Bicara - Selami Hati
Program Bual Bicara Selami Hati (BBSH) ini merupakan program yang pertama seumpamanya
dilaksanakan di UPNM. Bertempat di Dewan Bistari UPNM, program bual bicara ini menyuntik
elemen baharu dengan topik-topik yang dekat di hati para penonton. Terdapat 3 segmen utama bagi
program ini iaitu Seuntai Kata yang membicarakan mengenai topik-topik semasa yang ringan tetapi
memberi impak kepada kehidupan penonton; Segmen kedua iaitu Permata Seni memberi peluang
dan ruang kepada bakat yang dipersembahkan oleh pelajar UPNM kepada penonton manakala
bagi segmen ketiga pula iaitu Ramah Mesra merupakan segmen bersama penonton di dewan yang
membincangkan mengenai topik-topik semasa.
Program bual bicara yang berlangsung selama 50 minit ini telah diadakan sebanyak 10 episod dan
dikendalikan oleh ViViD Production yang terdiri daripada 10 orang pelajar UPNM dan dikemudi oleh
En. Mohd Hafizi Ismail (Penolong Pendaftar Kanan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni) selaku
pengacara. Dengan menggunakan nama penanya iaitu Masterjie, program ini semakin menarik
dan kian mendapat tempat di hati para penonton. Pihak produksi juga telah mewujudkan akaun
facebook untuk para pengikut program ini melontarkan pendapat dan mendapatkan informasi
terkini mengenai program ini.
3.12 Convofest UPNM 2011
Pesta Konvokesyen UPNM atau lebih dikenali dengan ConvoFest telah diadakan bersempena
dengan Istiadat Konvokesyen UPNM Kali Kedua pada 30 September hingga 3 Oktober 2011.
Dengan bertemakan ‘Menakhoda Inovasi Ilmu’, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni sekali
lagi diberi kepercayaan sebagai Sekretariat Pelaksana telah berjaya memberikan penganjuran
yang terbaik seperti tahun sebelumnya. Dataran Wawasan sekali lagi menjadi lokasi utama yang
menempatkan pentas utama dan khemah pameran. Majlis Perasmian ConvoFest UPNM 2011 telah
diadakan pada 30 September yang disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, Lt Jen Dato’ Wira
Allatif bin Mohd Noor. UPNM sekali lagi telah memahat nama di dalam The Malaysia Book of Record
tahun ini setelah berjaya membuat pertunjukan Tarian Perang (War Dance) Paling Ramai di Malaysia
yang mana tarian perang ini telah melibatkan seramai 1,211 orang pelajar UPNM.
Pelbagai aktiviti turut mewarnai pesta konvokesyen kali ini antaranya Malam Kebudayaan 1 UPNM
Kontemporari, Pertandingan Battle of The Band, Pertandingan Nasyid Intervarsiti, Formula 1 Test
Drive, Motorshow, Paintball, permainan sukan rakyat dan gerai jualan. Agensi-agensi kerajaan
dan swasta turut sama menyertai pameran yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Kementerian Belia dan Sukan, Muzium Tentera Darat dan Suruhanjaya Pilihanraya Kuala Lumpur.
Selain itu, Pusat Kesihatan Tentera Darat juga mengadakan pameran Wad Bergerak yang
memperlihatkan kecanggihan aset dan fasiliti yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia.
3.13 Program Sukarelawan Alam Sekitar - Penanaman Pokok Bakau
Pada 16 Oktober 2011 dan bertempat di Kampung Hj. Dorani, Kuala Selangor, Majlis
Kesukarelawanan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM) dengan kerjasama Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah
berkampung untuk Program Alam Sekitar (Penanaman Bakau). Program ini adalah cetusan idea
daripada Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia YBhg Datuk Ab. Rahim bin Md.
Noor melalui Program Citra Siswa Rakyat di bawah skop Apresiasi Alam Sekitar.
Pengerusi MASKUM, Prof. Wan Mahzom binti Ahmad Shah yang juga merupakan Timbalan Naib
Canselor (HEPA) UPNM telah merealisasikan idea ini melalui Program I-SAS:2011. Program
I-SAS:2011 adalah berdasarkan kepada idea di luar kebiasaan dengan menggunapakai kaedah
“Blue Ocean Strategy” bagi mendekatkan program ini dengan jiwa pelajar IPT yang merupakan
aktiviti dan pencapaian mahasiswa
1...,32,33,34,35,36,37,38,39,40,41 43,44,45,46,47,48,49,50,51,52,...143
Powered by FlippingBook