137
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
prestasi kewangan
ii.
Pendapatan Faedah dan Dividen
Pendapatan faedah dan dividen diiktiraf berasaskan akruan. Faedah simpanan tetap
daripada Tabung akan diagihkan sebagai pendapatan tabung-tabung berkenaan,
sekiranya pelaburan dibuat dari peruntukan tabung tersebut. Bagi pelaburan simpanan
tetap yang lain, pendapatan diambilkira dalam Penyata.
iii. Pendapatan dari yuran dan lain-lain pendapatan tidak ada arahan amanah khusus
dianggap sebagai pendapatan Universiti.
iv. Yuran pengajian perlu dibayar setiap semester. Hanya yuran semester yang berkaitan
dengan tahun kewangan semasa diambil kira sebagai pendapatan.
c.
Hartanah, Loji dan Peralatan
Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos setelah ditolak susutnilai terkumpul
kecuali bagi tanah milik bebas. Pembelian harta modal yang berharga RM3,000 dan ke atas
bagi setiap unit manakala pembaikan bangunan yang kosnya melebihi RM50,000 akan
dipermodalkan.
d.
Susutnilai
Susuitnilai Hartanah, Loji dan Peralatan dikira mengikut kaedah garis lurus berdasarkan
jangkaan hayat aset berkenaan dan dikenakan kepada kumpulan masing-masing. Tanah hak
milik bebas tidak dilunaskan.
Kadar susutnilai adalah seperti berikut:-
Bangunan & Pembaikan Bangunan
2%
Kemudahan/Infrastruktur
10%
Kenderaan
20%
Perabot & Buku teks untuk rujukan
20%
Alat Kelengkapan yang lain
25%
e.
Manfaat Pekerja
i.
Manfaat Jangka Pendek
Upah, gaji, bonus dan sumbangan keselamatan sosial dikira sebagai perbelanjaan
dalam tahun di mana perkhidmatan berkaitan diberikan oleh pekerja. Pengumpulan
gantirugi jangka pendek bagi ketidakhadiran seperti cuti tahunan bergaji akan diambilkira
apabila perkhidmatan diberikan oleh pekerja di mana hak mereka terhadap gantirugi
ketidakhadiran di masa hadapan akan meningkat dan gantirugi jangka pendek yang tidak
dikumpulkan di atas ketidak hadiran seperti cuti sakit akan dikira apabila ketidakhadiran
berlaku.
ii.
Manfaat Jangka Panjang
Pengumpulan jangka panjang ganjaran ketidakhadiran seperti cuti tahunan berbayar
akan diambilkira apabila perkhidmatan telah diberikan oleh pekerja yang mana telah
meningkatkan hak mereka ke atas ganjaran ketidakhadiran di masa hadapan.
iii. Pelan Sumbangan Terancang
Seperti diperuntukkan oleh undang-undang, semua perbadanan di Malaysia membuat
sumbangan kepada Skim Pencen, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Sumbangan
tersebut diambilkira sebagai perbelanjaan di dalam Penyata Pendapatan apabila
perbelanjaan tersebut dilakukan.
f.
Liabiliti Cukai Pendapatan
UPNM adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan atas pendapatannya dibawah
perenggan 13 Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967 kecuali bagi pendapatan dividen.