- Details
- Bil. Capaian: 2751
Pusat Asasi Pertahanan
Pusat Asasi Pertahanan (PAP) berperanan utama sebagai pusat persediaan kepada pelbagai program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi, Pengurusan dan Strategi, dan Perubatan. PAP menawarkan tiga program pengajian asasi iaitu Asasi Perubatan, Asasi Kejuruteraan dan Teknologi, dan Asasi Pengurusan dan Strategi. Program asasi ini adalah program satu tahun yang dijalankan secara sepenuh masa dalam dua semester. Pelajar UPNM terdiri daripada pegawai kadet yang ditaja oleh Kementerian Pertahanan dan pelajar awam.
Matlamat Program
Matlamat umum Program Asasi Kejuruteraan dan Teknologi, Asasi Pengurusan dan Strategi serta Asasi Perubatan adalah:
- Menyediakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memasuki program sarjana muda dalam bidang sains dan teknologi, pengurusan dan strategi, kejuruteraan dan perubatan.
- Menjadi pusat penyaluran kepada program sarjana muda dalam bidang sains dan teknologi, pengurusan dan strategi, kejuruteraan dan perubatan.
- Memperkukuhkan asas pengetahuan sebelum mengikuti program sarjana muda dalam bidang sains dan teknologi, pengurusan dan strategi, kejuruteraan dan perubatan.
Objektif Pembelajaran Program:
- Menghasilkan pelajar pra-ijazah sains dan pengurusan untuk program sarjana muda.
- Menghasilkan pelajar pra-ijazah yang menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.
Hasil Pembelajaran Program:
- Memperolehi ilmu asas dalam sains dan pengurusan pertahanan untuk tujuan program sarjana muda.
- Memperolehi kemahiran asas untuk menjalankan ujikaji, menganalisis data dan menginterpretasi keputusan.
- Berupaya berkomunikasi perkara-perkara ilmiah secara bertulis dan lisan.
- Mampu bekerjasama secara efektif dalam kumpulan.
- Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan melalui kaedah kuliah, latihan amali dan tutorial. Para pelajar digalakkan belajar secara berkumpulan dan mendampingi para pensyarah bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Penasihatan Akademik
Setiap pensyarah Pusat Asasi Pertahanan akan dilantik sebagai Penasihat Akademik (PA) kepada sekumpulan pelajar asasi. Tugas utama PA ialah membantu pelajar menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di universiti yang mengamalkan sistem semester yang intensif dan penilaian berterusan. Perjumpaan berkumpulan dengan PA akan dibuat secara berkala dan setiap pelajar juga digalakkan berjumpa PA secara individu sekiranya perlu.
Pelajar Program Asasi
Pelajar Program Asasi yang berkelayakan sahaja akan menerima Bantuan Kewangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Manakala, pelajar Program Asasi ke Program Sarjana Muda boleh memohon biasiswa/dermasiswa/ pinjaman atau bantuan kewangan dari mana-mana badan penaja. Syarat serta peraturan penajaan atau pinjaman adalah tertakluk kepada pihak yang berkenaan. Antara penaja yang membiayai pengajian di UPNM adalah seperti berikut:
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Tabung Amanah Pendidikan Negeri
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Yayasan Tenaga Nasional
- Kementerian Belia dan Sukan
- Majlis Agama Negeri
- Details
- Bil. Capaian: 2953
Sila Scan Barcode di bawah untuk muat turun bulletin RIA
- Details
- Bil. Capaian: 2863
Visi PAP
- “ Untuk menjadi sebuah pusat asasi premier di Malaysia”
Misi PAP
- “Untuk melahirkan pelajar cemerlang dengan pengetahuan asas yang kukuh bagi program sarjana muda di UPNM atau di institusi pengajian tinggi lain”
Nilai PAP
- “Kepelbagaian, kesungguhan dan kerja berpasukan”
Motto PAP
- Memantapkan pengetahuan. Memacu masa depan.
Matlamat PAP
- Menarik lebih ramai calon berkelayakan yang lebih baik.
- Memastikan kecemerlangan akademik pelajar.
- Meningkatkan kompentensi pensyarah.
- Menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
- Details
- Bil. Capaian: 3288
Catalysis Chemistry
Conductive Polymer
Electrochemical
Boundary Layer Flow, Heat Transfer
Silver Niobate Ceramics
Microwave Properties, Wolframite Structure Ceramic, Defense Technology
Chemistry
Variational (PDEs), Image Processing
Dynamical Model Differential Equations
- Details
- Bil. Capaian: 1020
Dekorasi Raya
TEMA : DESA TERCINTA PAP
Olahraga Staf 2020