26 September 2024 | Cheras Selatan - Pada 26 September 2024 telah berlangsungnya Karnival Futsal Piala Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi Tahun 2024 bertempat di Dewan Kompleks Sukan, Cheras Selatan. Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita telah mengambil bahagian. Buat julung kalinya karnival futsal pada tahun ini disertai oleh 1 pasukan jemputan daripada pihak Penaja Utama iaitu Pasukan Dolcezza.

 

Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) diiringi oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin, Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Kualiti Akademik) yang turut meluangkan masa memeriahkan karnival futsal tersebut.

Johan bagi Kategori Lelaki dimenangi oleh pasukan ALK B dari Akademi Latihan Ketenteraan manakala Johan bagi Kategori Wanita dimenangi oleh pasukan Cap Kaki Tiga dari Pejabat Pendaftar.

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang telah meraih kemenangan dan semoga semangat kesukanan seperti ini dapat terus dikekalkan.