Peranan Unit Khas Perniagaan:
- Memantau aktiviti perniagaan serta prestasi kemajuan Syarikat Perniagaan universiti (UPNM Holdings Sdn. Bhd.) agar ianya selaras dengan keputusan pihak pengurusan Universiti
- Bertanggungjawab pelaporan kemajuan prestasi Syarikat Perniagaan universiti dengan pembentangan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Mesyuarat Jawatankusa Pelaburan UPNM dan mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan sekiranya diperlukan
- Bertindak sebagai urus setia Jawatankuasa Pelaburan UPNM
- Penghubung kepada Pemegang Taruh dari aspek pelaporan kewangan Syarikat Perniagaan universiti dan menyediakan maklumat kewangan (penjanaan pendapatan) kepada sistem penarafan bawah Kementerian Pengajian Tinggi
- Bertanggungjawab membentangkan Laporan dan Penyata Kewangan Beraudit Syarikat Perniagaan universiti kepada Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti
- bertanggungjawab memantau pengagihan keuntungan Syarikat Perniagaan universiti kepada Universiti menepati polisi/dasar yang ditetapkan