Peranan Bahagian Perhubungan Korporat
Mengurus, merancang, memantau, mengawal selia hal ehwal perhubungan korporat universiti merangkumi Komunikasi dan Khidmat Komuniti (CSR).
Unit Komunikasi
- Mengurus penjenamaan dan imej universiti melalui logo, cenderahati, video korporat, laman sesawang universiti.
- Mengurus perhubungan korporat dalam lawatan.
- Mengurus dan Kemaskini hebahan di Media Elektronik, Media Cetak dan Media Sosial.
- Mengurus, Memantau dan Kemaskini Isi Kandungan Laman Sesawang Universiti (Halaman Utama).
- Hari Bersama Media.
- Mengurus penerbitan video-video promosi UPNM.
- Mengurus / Memastikan kelancaran hal ehwal berkaitan media bagi aktiviti UPNM.
- Mengurus Penerbitan Akhbar / Kenyataan Akhbar / Sidang Media / Liputan Media.
- Menyertai pameran/ expo dalam dan luar negara.
- Lain-lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Unit Khidmat Komuniti
- Bertindak dalam khidmat komuniti menerusi penglibatan seluruh warga kampus dengan bantuan dihulurkan universiti disasarkan kepada Komuniti Terfokus (Focused Community) dan Kejiranan (Neighborhood).
- Komuniti yang terkait secara langsung dan tidak langsung dengan UPNM seperti Kementerian, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi-agensi keselamatan, industri pertahanan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), veteran serta alumni.
- Lain-lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.