Bakal Pegawai Kadet dan Pegawai Kadet
Bakal Pegawai Kadet yang berjaya ke program Pengajian Sarjana Muda mulai tahun pertama akan dilantik sebagai Pegawai Kadet dan layak mendapat tajaan daripada pihak Kementerian Pertahanan seperti berikut:
Gaji
Pegawai Kadet UPNM akan mendapat gaji pada setiap bulan mengikut Dasar dan Peraturan sedia ada yang digunapakai dan tertakluk kepada pihak ATM.
Imbuhan
Bayaran Imbuhan Tetap akan diberikan sepanjang pengajian, elaun pakaian dan lain-lain imbuhan berdasarkan kelayakan semasa.
Bonus Tahunan
Adalah satu keistimewaan dan tertakluk kepada sokongan.
Kos Pengajian, Kos Penginapan dan Latihan Ketenteraan
Dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan.
Ijazah dan Tauliah/ Jaminan Kerja
Calon tajaan Kementerian Pertahanan yang lulus pengajian akademik dan latihan ketenteraan akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda serta Tauliah jangka pendek. Selepas pentauliahan mereka akan berkhidmat sebagai pegawai berpangkat Leftenan Muda dalam ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.
Pembiayaan untuk Pelajar Awam
PEMBIAYAAN / TAJAAN / BIASISWA / PINJAMAN PENGAJIAN
Pelajar Awam boleh memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri atau badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan dan pinjaman adalah tertakluk kepada pihak yang berkenaan. Antara penaja yang boleh membiayai pengajian di UPNM adalah seperti berikut:
- Kementerian Pendidikan Tinggi
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Tabung Amanah Pendidikan Negeri
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Yayasan Tenaga Nasional
- Kementerian Belia dan Sukan
- Majlis Agama Islam Negeri
- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- Nestle Manufacturing (M) Sdn. Bhd
- Shell Malaysia
- Yayasan Sime Darby
- Biasiswa Kerajaan Negeri
- Yayasan Anak Negeri
- Yayasan Telekom Malaysia
- Yayasan FELCRA
- Yayasan FELDA
- Yayasan Proton
- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
- Yayasan Bursa
- Kesatuan Guru-Guru Melayu
- Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi FELDA
- Tabung Amanah Pendidikan Negeri
- The Star Publication (M) Bhd
- Yayasan Tun Tan Cheng Lock
- Jabatan Zakat Negeri
- Lain-lain
PALAPES dan WATANIAH untuk Pelajar Awam
- Pelajar Awam bagi program Sarjana Muda diwajibkan menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan Pelajar Awam bagi program Diploma diwajibkan menyertai Pasukan WATANIAH tertakluk kepada tahap kesihatan. Mereka akan diberi elaun dan kemudahan-kemudahan lain semasa menjalani latihan ketenteraan.
- Pelajar Awam yang berjaya menamatkan pengajian sehingga ke peringkat Sarjana Muda akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Simpanan selepas tamat latihan ketenteraan.