3 Disember 2024 | Kuala Lumpur - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini melangsungkan Istiadat Pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai Canselor UPNM yang baru dan Istiadat Konvokesyen Ke-14. Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan penganugerahan Ijazah Tinggi dan anugerah kepada 15 penerima.
Turut hadir ke majlis berkenaan adalah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pro-Canselor UPNM, YBhg. Laksamana Tan Sri Dato’ Setia (Dr.) Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (Bersara), Pro-Canselor UPNM, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Tan Sri (Dr.) Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Universiti, Ahli-ahli Lembaga Pengarah UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor, Panglima Angkatan Tentera, Panglima-panglima Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia serta tetamu jemputan.