28 November 2024 | Putrajaya - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lumut Naval Shipyard (LUNAS) dan Memorandum Perjanjian (MoA) dengan toyyibPay Sdn Bhd dalam majlis penuh makna bersempena Festival of Ideas Putrajaya 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Kerjasama strategik ini dapat memperkukuh hubungan antara institusi akademik dan industri dan diharap dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak projek strategik yang menyumbang kepada perkembangan UPNM dan industri berkenaan khasnya dan pertumbuhan ekonomi negara amnya.