24 September 2024 | UPNM -  YBhg. Naib Canselor UPNM telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Strategic Defence Management Sdn Bhd dan Bahagian Industri Pertahanan. Antara tujuan kunjungan syarikat yang berkenaan adalah bagi membincangkan berkenaan penglibatan UPNM secara inklusif dalam Program Kolaborasi Industri agar dapat mengoptimumkan pulangan daripada perolehan strategik pertahanan dan memberi manfaat yang sewajarnya. Strategic Defence Management Sdn Bhd diwakili oleh Encik Hasry bin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif, SDM, Encik Nik Zamzuki bin Nik Lah dan Encik Wan Mohd Rozi bin Wan Ab Rahman manakala BIP diwakili oleh Lt Kol Shahrul Nizam bin Shaf’in, Ketua Penolong Setiausaha di BIP. Turut hadir Prof. Ts. Dr. Hj. Azizi bin Hj. Miskon, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Mejar Jeneral Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) dan tim yang berkenaan.