
- Details
- Bil. Capaian: 741
Women in Search of Excellence (WISE) Bertemakan Women in Entrepreneurship
Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dengan kerjasama Yayasan Tuanku Fauziah akan menganjurkan webinar Women in Search of Excellence (WISE) Bertemakan Women in Entrepreneurship
Butiran program:
Tarikh: 23 Disember 2021 (Khamis)
Platform: Facebook Kolej Universiti Islam Perlis , Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs
Masa: 9.15 pg - 4.30 ptg
Penyempurnaan Perasmian oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis
& Penyempurnaan Penutupan oleh DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis. Dijemput semua pensyarah dan staf wanita UPNM untuk turut serta dalam webinar ini.

- Details
- Bil. Capaian: 581
11 Pemain Malayan Tigress Terima Tawaran Lanjut Pengajian di IPTA
Seramai sembilan pemain diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Seramai 11 pemain dari skuad Malayan Tigress yang baru pulang dari saingan kelayakan Piala Asia Wanita AFC 2022 di Palestin kini mengorak pula langkah mereka ke menara gading selepas menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran bagi sesi 2021 itu telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, sambil disaksikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Timbalan Presiden FAM, Dato S. Sivasundaram serta dua Exco FAM, Dato Suraya Yaacob dan Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah, masing-masing selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM.
Seramai sembilan pemain diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) manakala dua pemain lagi ditawarkan untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sembilan yang ditawarkan ke UPNM ialah Nurul Azurin Mazlan, Eva Olivianie Antinus, Waitie Taming, Nurfatin Rozani, Henrietta Justine, Nur Syafinaz Abdul Rajak, Felicia Loudea Thomas, Nor Ezza Ashikin dan Nurul Arliana Nabila Mohamad Ramadhan manakala Nuralyaa Natasha Zulkefli dan Grace Handirian ditawarkan ke UiTM.
Baca berita penuh di https://bit.ly/3oGy0EO
#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress
Sumber: Facebook Football Association of Malaysia

- Details
- Bil. Capaian: 4334
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia akan menganjurkan "14th International Conference on Humanities and Sosial Sciences" pada 19-20 Mei 2022 dengan kerjasama Prince of Songkhla University, Thailand, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Universiti Sains Islam Malaysia.

- Details
- Bil. Capaian: 596
HAT YAI, THAILAND, 27-28 Mei 2021- Lt Jeneral Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hadir sebagai tetamu kehormat untuk 13th International Conference on Humanities and Social Sciences (13thICHiSS) telah diadakan secara maya. 13thICHiSS adalah merupakan kesinambungan kerjasama Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) UPNM, Malaysia dengan Prince of Songkla University (PSU), Thailand yang telah bermula sejak persidangan kali ke-5 yang diadakan pada tahun 2013 dengan PSU, Thailand. Tema Persidangan tahun ini adalah “Humanities and Social Sciences in Face of Concurrent Disruptions”. Pengucap tama dari Malaysia ialah Prof. Madya Dr. Wan Norhasniah bt. Wan Husin dari FPPP, UPNM manakala Pengucap tama dari Thailand ialah Prof. Suchatvee Suwansawat, Presiden dari King Mongkut’s Institute of Technology (KMITL) dan Leader and Innovator in Thai Higher Education.
Pada 28 Mei diadakan webinar bertajuk: “Flourish or Perish: Myths and Realities Surrounding Scholarly Publishing in Humanities and Social Sciences”. Panel UPNM ialah Brig Jen Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor. Bagi konferens 14th ICHiSS tahun 2022, giliran UPNM sebagai tuan rumah yang akan diadakan di Malaysia dengan tema “Integrating Values of Humanities and Social Sciences for Sustainable Future”. Tahniah kepada semua pembentang UPNM dan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Kemaskini Terakhir : Sabtu, 29 Mei 2021

- Details
- Bil. Capaian: 625
21 Disember 2021 (Selasa), Shah Alam
Hari ini seramai 10 orang pelajar dan 2 orang staf dari UPNM telah mengadakan misi bantuan mangsa banjir di sekitar kawasan ini. Beberapa buah rumah telah dibantu secara bergotong royong bagi tujuan pembersihan. Misi ini adalah bertujuan untuk meringankan beban mangsa banjir dalam proses membersihkan kawasan rumah selepas banjir surut.
21 Disember 2021 (Selasa), Klang
Hari ini seramai 10 orang pelajar dan 2 orang staf dari UPNM telah mengadakan misi bantuan dengan membersihkan rumah Ustazah Nurhidayati binti Mohd Rafy, Pensyarah Pusat Bahasa di Klang yang dilanda banjir. Misi ini adalah bertujuan untuk meringankan beban keluarga Ustazah Nurhidayati dalam proses membersihkan kawasan rumah selepas banjir surut. Prof. Madya Dr. Norshima binti Zainal Shah, Pengarah Pusat Bahasa turut menyampaikan sumbangan.