images/1UPNM/Makluman/IKLAN_JAWATAN_KOSONG_YAYASAN_ZULFAQAR_UPNM.pdf 

Yayasan Zulfaqar UPNM telah ditubuhkan pada 6 Mei 2020 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [AKTA 258] ingin mempelawa calon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan yang seperti berikut:

 

Eksekutif

 Skop dan tanggungjawab :

  • Bertanggungjawab kepada Lembaga Pemegang Amanah terhadap pengurusan dan operasi yayasan.
  • Bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar, peraturan dan perancangan korporat yang telah dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah.
  • Memastikan visi dan misi yayasan tercapai.
  • Merencana dan melaksanakan rancangan jangka pendek dan jangka panjang yayasan.
  • Memastikan keberkesanan amalan tadbir urus yang baik termasuk pengurusan kewangan yang efektif dan berhemah.
  • Merancang dan menilai keupayaan sumber manusia yang sedia ada.
  • Menyediakan bajet tahunan yayasan.
  • Melaksana dan memantau kerja setiap projek/ program yayasan.
  • Menganalisa kerja-kerja yang dilaksanakan.
  • Mengatur dan menyelaras mesyuarat-mesyuarat, perbincangan, lawatan, taklimat, kunjungan hormat yang melibatkan Lembaga Pemegang Amanah.
  • Melapor Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yayasan dan mencadang penambahbaikan (jika perlu).
  • Menyedia Penyata Akaun Tahunan yayasan.
  • Memastikan aspek pematuhan yayasan selaras dengan peraturan-peraturan dan undang-undang sedia ada.
  • Komunikasi dengan pemegang taruh dan pelanggan.
  • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Lembaga Pemegang Amanah dari masa ke semasa.

 

Kelayakan :  

  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan di dalam bidang kewangan, perakaunan, pengurusan perniagaan atau bidang-bidang lain yang berkaitan. Calon-calon yang memegang Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan adalah satu kelebihan.
  • Minimum 1 tahun pengalaman di dalam pengurusan dan pentadbiran.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, keusahawanan, pemikiran strategik serta kompetensi di dalam pengurusan organisasi.

 

Gaji Bulanan (Anggaran):

  • RM2,500.00 – RM3,000.00

 

Cara Memohon:

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap kepada:

 

                Yayasan Zulfaqar UPNM

                D/A Pejabat Bendahari

                Aras 1, Bangunan Bestari,

                Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,

                Kem Perdana Sg. Besi,

                57000 Kuala Lumpur.

 

      Atau melalui email ke alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

  • Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil berkaitan yang diakui sah beserta sekeping gambar berukuran pasport terbaharu.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Julai 2022 (Jumaat).

 

PERHATIAN

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

 

Paparan iklan dalam bentuk pdf.