Laporan Tahunan UPNM 2020

90 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Akademi Kecergasan Pertahanan Sebanyak 42 acara yang dipertandingkan pada kejohanan ini mengikut kategori Lelaki Senior, Veteran, Senior Veteran dan Wanita Senior, Veteran, Senior Veteran serta acara masingmasing. Acara yang dipertandingkan dipecahkan kepada lelaki dan wanita iaitu 100m, 200m, 400m, 800m, 4 x 100m Relay, 4 x 100m Mix Relay, 4 x 400m Relay, Lontar Peluru, Merejam Lembing, Lompat Jauh, Medley 8 x 50m serta acara Larian Emas 60 meter (Lelaki) bagi 8 Orang Pengurusan tertinggi UPNM. Penyertaan staf lelaki mahupun wanita amat menggalakkan sekali dengan penyertaan seramai 460 orang staf lelaki dan wanita. 18 Fakulti Pusat Jabatan Bahagian (FPJB) yang terlibat seperti Fakulti Perubatan danKesihatanPertahanan, Pusat Asasi Pertahanan, Pejabat TNC (Penyelidikan dan Inovasi), Pusat Bahasa, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Jabatan Bendahari, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan, Pejabat Naib Canselor, Pejabat TNC (Akademik & Antarabangsa), Jabatan Pendaftar, Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, Fakulti Sains Teknologi dan Pertahanan, Pejabat TNC (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Bahagian Kepimpinan, Korporat & Perhubungan Antarabangsa, Akademi Latihan Ketenteraan dan Akademi Kecergasan Pertahanan. Akademi KecergasanPertahanan telahdinobatkan Johan keseluruhan mengikut pungutan pingat bagi Kejohanan Olahraga Antara Fakulti Pusat Jabatan Bahagian (FPJB) UPNM Piala Akademi Kecergasan Pertahanan Kali Ke-3 2020, Naib Juara jatuh kepada Pendaftar dan tempat Ke-3 jatuh kepada Akademi Latihan Ketenteraan. Pemenang bagi olahragawan adalah Encik Muhamad Firdaus bin Mazalan dari Akademi Kecergasan Pertahanan dengan 4 pingat Emas dan olahragawati bersama adalah Dr. Norhafizah binti Hamzah & Puan Siti Azilah binti Atan dari Akademi Kecergasan Pertahanan dengan kedua-dua memenangi 5 pingat Emas bagi kejohanan olahraga ini. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg Naib Canselor UPNM. Pelaksanaan Kejohanan Sukan FPJB perlu diteruskan serta dilaksanakan sebagai kejohanan tahunan untuk mewujudkan budaya sukan di kalangan Kakitangan UPNM. Dengan ini secara tidak langsung dapat mengenal pasti bakatbakat baru selain daripada mewujudkan suasana muhibah dikalangan Kakitangan UPNM dan amalan gaya hidup sihat. PASUKAN FUTSAL UPNM SEDANG BERSEDIA SEBELUM PERLAWANAN DI MULAKAN OLAHRAGAWAN MUHAMAD FIRDAUS MAZALAN DARI AKP (TENGAH) BERSAMA YBHG NAIB CANSELOR (KANAN) DAN PENGARAH AKP (KIRI) ANTARA SESI PENYAMPAIAN HADIAH BAGI KEJOHANAN OLAHRAGA FPJB 2020 Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 90 07/03/2022 11:45 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz