Laporan Tahunan UPNM 2020

76 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Akademi Kecergasan Pertahanan 4akademi kecergasan pertahanan KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN ATLET UPNM KEDUA KESELURUHAN KARNIVAL SUKAN MASUM FASA 1 2020 UiTM ARAU, PERLIS Penyertaan acara tahunan iaitu Karnival Sukan MASUM Fasa 1 2020 telah berlangsung pada 31 Januari hingga 6 Februari 2020 bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis. Kejohanan ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dengan kerjasama UiTM Arau, Perlis selaku tuan rumah. 11 jenis sukan yang dipertandingkan pada karnival kali ini. Namun, Kontinjen UPNM hanya menyertai 5 jenis sukan iaitu Ragbi, Karate, Tenis, Sepak Takraw dan Silat. Para atlet UPNM yang terpilih bagi menyertai Karnival Sukan MASUM Fasa 1 2020 ini adalah atlet-atlet yang telah melalui sesi pemilihan yang dijalankan oleh jurulatih. Penyertaan ini adalah bagi memberi pendedahan kepada atletatlet dalam mengharungi kejohanan yang lebih besar dan kompetatif. Kontinjen UPNM terdiri daripada 81 orang atlet lelaki dan atlet wanita serta 10 orang pegawai dan jurulatih terlibat pada karnival ini. Penyertaan Kontinjen UPNM kali ini mensasarkan kedudukan 10 terbaik di kalangan 20 universiti awam yang bertanding dan sasaran pingat adalah 4 pingat Emas, 3 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa. Lokasi pertandingan bagi 5 jenis sukan iaitu di dalamUiTMbagi sukan, Ragbi, Tenis, Karate, dan Silat dan bagi sukan Sepak Takraw di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negeri Perlis. UPNM telah berjaya memungut 8 pingat Emas, 4 pingatPerakdan6pingatGangsa dan telahberjaya melebihi sasaran pingat. Pingat-pingat tersebut telah di sumbang melalui sukan Silat (6 Emas, 2 Perak dan 3 Gangsa), Karate (2 Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa), Tenis (1 Perak dan 1 Gangsa). Pasukan Silat, Karate, Tenis dan Sepak Takraw telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Ini adalah satu pencapaian yang cemerlangwalaupun Kontinjen UPNM hanya menyertai 5 acara sukan daripada 11 acara sukan yang dipertandingkan. Pasukan Silat telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dengan memungut 6 pingat Emas melalui kategori Tunggal Putri, Regu Putri, Putra A, Putra B, Putra E & Putra F, 2 pingat Perak melalui kategori Ganda Putra & Ganda Putri dan 3 pingat Gangsa melalui kategori Regu Putra, Putra G & Putri A manakala Pasukan Karate telah memungut 2 pingat Emas melalui kategori Individu Lelaki -84 kg & Individu Wanita -68 kg, 1 pingat Perak melalui kategori Individu Lelaki +84 kg dan 2 pingat Gangsa melalui kategori Individu Lelaki -67 kg & -60 kg. Buat pertama kali Pasukan Tenis berjaya membawa balik pingat dengan memungut 1 pingat Perak melalui kategori Individu Lelaki dan 1 pingat Gangsa melalui kategori Individu Wanita. Bagi pasukan Sepak Takraw telah menghantar 2 regu iaitu UPNM A & UPNM B. Kedua-dua regu telah menunjukkan pencapaian yang baik. Pasukan Sepak Takraw UPNM A telah tewas peringkat suku akhir kepada UiTM A manakala Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 76 07/03/2022 11:45 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz