Laporan Tahunan UPNM 2020

62 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Mahasiswa Berkualiti PEMBANGUNAN PELAJAR SISWAZAH Kolokium Siswazah Pelajar pascasiswazah UPNM bagi mod penyelidikan wajib untuk membuat pembentangan di dalam kolokium siswazah dalam tempoh pengajian bagi tujuan pembentangan proposal penyelidikan dan pembentangan kemajuan penyelidikan. Sehubungan dengan itu, penganjuran Kolokium Siswazah telah diadakan dengan kerjasama Fakulti/Pusat Pengajian yang berkaitan di mana penetapan tarikh ditentukan oleh Fakulti/Pusat Pengajian. Penglibatan Fakulti/Pusat Pengajian ini adalah sebagai salah satu usaha meningkatkan aktiviti pemantauan diperingkat Fakulti/Pusat Pengajian terhadap pelajar Pascasiswazah. Senarai kolokium siswazah bagi tahun 2020 seperti di Jadual 15. Jadual 15: Aktiviti Kolokium Siswazah bagi tahun 2020 Jadual 16: Senarai Kursus Sepanjang Tahun 2020 Bil. Fakulti/ Pusat Pengajian Aktiviti Tarikh Aktiviti 1. 2. 3. Fakulti Kejuruteraan Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Proposal Defence/Kolokium Siswazah FKJ Siri 1 Proposal Defence/Kolokium Siswazah FSTP Proposal Defence FPPP Proposal Defence/Kolokium Siswazah FKJ Siri 2 29 Jun 2020 - 30 Jun 2020 30 November 2020 - 1 Disember 2020 14 Julai 2020 29 Disember 2020 - 30 Disember 2020 Bil. Kursus Tarikh 1. 2. 3. 4. Research Methodology (Engineering & Technology) Research Methodology (Computer Science & ICT) Research Methodology (Science, Mathematics & Statistics) Research Methodology (Social Science) 10 - 28 Ogos 2020 10 - 19 Ogos 2020 10 - 19 Ogos 2020 11 - 21 Ogos 2020 Setiap pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah diwajibkan membentangkan kemajuan penyelidikan masingmasing (satu kali untuk pelajar Sarjana dan dua kali untuk pelajar Doktor Falsafah sepanjang pengajian) dan ini merupakan salah satu syarat untuk bergraduat. Setiap pembentangan akan dinilai oleh pakar yang dilantik dalam bidang masing-masing. KURSUS DAN BENGKEL PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH (PPS) PPS telah menganjurkan Kursus Metodologi Penyelidikan untuk pelajar pascasiswazah. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan asas-asas penyelidikan, meningkatkan kemahiran dalam kaedah penyelidikan dan meningkatkan kecekapan dalam analisis data. Kursus Metodologi Penyelidikan ini dibahagikan kepada empat kluster utama dan dijalankan sepenuhnya secara atas talian melalui Microsoft Teams. Senarai kursus yang diadakan sepanjang tahun 2020 adalah seperti di Jadual 16: Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 62 07/03/2022 11:45 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz