54 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Mahasiswa Berkualiti Seterusnya, garis panduan am ini juga mengesyorkan sekiranya pelajar tidak mempunyai kemudahan untuk menjalani pembelajaran dalam talian seperti telefon pintar dan komputer riba serta tinggal dikawasan yang mempunyai capaian internet yang terhad, maka pensyarah diminta untuk mencetak dan mengepos bahan-bahan pengajaran kepada pelajar mereka supaya pelajar ini tidak tercicir dalam pembelajaran mereka. Selain itu, pembudayaan dan pemantauan P&P dari setiap fakulti juga digalakan dari semasa ke semasa untuk tindakan penambahbaikan proses P&P dalam talian. Disertakan bersama didalam garis panduan pautan Panduan Pengendalian Program Pendidikan Tinggi Semasa Dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Panduan yang bersifat advisory ini bertujuan untuk memberi fleksibiliti kepada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) seperti UPNM dalam mengendalikan P&P dalam talian. Perkara kedua adalah garis panduan untuk pengajaran dalam talian (online teaching). Pensyarah juga digalakkan untuk mempelbagaikan mod P&P. Ini adalah kerana pensyarah hanya dibenarkan untuk menggunakan jadual waktu kuliah yang biasa jika sekiranya menjalankan P&P secara masa nyata (realtime) bagi mengelakkan pertindihan kelas secara maya. Jadi pensyarah perlu membuat housekeeping sebelummemulakan online teaching. Pengajaran dalam talian ini boleh dijalankan secara segerak (Synchronous) dan tidak segerak (Asynchronous) mengikut kesesuaian. Garis Panduan ini tidak menetapkan perisian yang spesifik untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pensyarah bebas untuk memilih untuk menggunakan sebarang perisian yang dapat menjalankan P&P dalam talian secara berkesan. Perisian yang disyorkan adalah perisian yang digunapakai di UPNM (UPNM mendapat lesen untuk perisian dari Microsoft dan platform eLearning) dan perisian yang percuma. Berikut adalah maklumat ringkas perisian yang ditunjukkan seperti di Jadual 7: Jadual 7: Maklumat Ringkas Perisian No. Kegunaan Perisian 1. 2. 3. • Tempat simpanan bahan-bahan P&P. • Sebagai hub untuk mendapatkan sebarang maklumat berkenaan kursus dengan menggunakan fungsi terbina seperti Forum dan Chat. • Mempunyai fungsi untuk menyediakan Interative Content. • Menjalankan penilaian dengan menggunakan fungsi terbina seperti Quiz, Assignment dan menyediakan hyperlink sebagai pautan untuk ke perisian penilaian yang lain. • Mempunyai integrasi dengan perisian Safe Exam Browser untuk membantu dalam mencegah peniruan sewaktu peperiksaan. Platform eLearning UPNM Microsoft Teams / Perisian percuma seperti Google Meet dan Zoom Microsoft Forms / Perisian percuma seperti Google Forms Perisian berlesen seperti Exam.net • Menjalankan kelas dalam talian secara langsung (Video Conferencing). • Membuat rakaman kelas untuk rujukan diluar waktu kelas. • Menjadi medium untuk pemantauan sewaktu penilaian berlangsung. • Perisian yang digunakan untuk tujuan penilaian. Unit E-Pembelajaran di PPA juga menganjurkan webinar dan kursus-kursus berkenaan P&P dalam talian untuk para pensyarah sertai. Pensyarah juga digalakkan untuk tampil dan memberi latihan dalam talian. Pensyarah yang mengikuti program seperti ini akan direkodkan sebagai satu hari berkursus. Antara webinar yang telah dianjurkan oleh unit E-Pembelajaran adalah: 1. Sesi demonstrasi perisian penyuntingan video Filmora9 dan Microsoft Teams. 2. Sesi Guideline for Teaching and Learning using Online Platform during COVID-19 3. Sesi Best Practices on Online Teaching and Learning in UPNM 4. Sesi Perkongsian dalam talian Pembelajaran Teradun Gantian Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 54 07/03/2022 11:44 AM
RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz