53 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Mahasiswa Berkualiti PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK Kaedah Pembelajaran Di Atas Talian Di Pusat Pembangunan Akademik (PPA) terdapat satu unit yang menguruskan tentang perihal pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam talian, iaitu unit E-Pembelajaran. Sebelum pandemik COVID-19 melanda, pada tahun 2016, unit ini telah pun membina platform Learning Management System (LMS) yang dikenali sebagai eLearning UPNM untuk kegunaan pembelajaran teradun, amalan pengajaran yang menggabungkan mod pengajaran bersemuka secara tradisional dengan mod teknologi atas talian berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Unit E-Pembelajaran juga telah pun melantik jawatankuasa penyelaras eLearning dari setiap fakulti dan pusat pengajian untuk membantu penyelaras E-Pembelajaran UPNM dalam perkara berkenaan P&P dalam talian yang berlaku di fakulti dan pusat masing-masing. Apabila pihak Kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 di seluruh negara, satu garis panduan telah ditetapkan untuk melancarkan proses P&P dalam talian yang dinamakan Garis Panduan eLearning Di UPNM Semasa Musim COVID-19. Perkara pertama adalah garis panduan am dimana pensyarah seharusnya tidak membenarkan pelajar-pelajar mereka keluar dari rumah semasa PKP untuk mendapatkan akses ke LMS eLearning UPNM atau sebarang platform pembelajaran dalam talian bagi mengelakkan jangkitan COVID 19. Selain itu, satu jawatankuasa Helpdesk diwujudkan. Ini adalah satu WhatsApp Group Khas untuk membincangkan isu-isu semasa berkenaan P&P dalam talian di UPNM semasa Covid-19 yang terdiri daripada setiap penyelaras eLearning Fakulti, wakil setiap FPJB dan dipantau di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) (TNCAA), PPA dan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK). Helpdesk ini membantu para pensyarah dan pelajar berkenaan masalah penggunaan platform eLearning UPNM dan sebarang platform pembelajaran dalam talian yang telah disyorkan oleh universiti. Jawatankuasa penyelaras eLearning fakulti menjadi penghubung diantara fakulti dengan PPA, dimana PPA akan menyelesaikan masalah bukan teknikal dan PTMK akan menyelesaikan masalah teknikal. Pensyarah dan pelajar juga boleh membuat aduan melalu borang e-Aduan eLearning yang boleh diakses di platform eLearning UPNM. Didalam garis panduan ini juga menyediakan pautan kepada Tatacara Pengaktifan Emel AlFateh UPNM dimana emel ini digunakan oleh semua pelajar UPNM untuk mendapat sebarang makluman dari UPNM dan untuk mendapat akses ke akaun eLearning mereka. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 53 07/03/2022 11:44 AM
RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz