Laporan Tahunan UPNM 2020

44 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Mahasiswa Berkualiti 4mahasiswa berkualiti Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) telah ditubuhkan selari dengan penubuhan Universiti pada tahun 2007. Objektif penubuhan BPA adalah untuk memastikan urusan pengambilan dan kemasukan pelajar, pendaftaran kursus, maklumat rekod, peperiksaan dan pengijazahan diuruskan dengan berkesan seiring dengan matlamat dan objektif Universiti. BPA juga merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam menyelaras dan melaksanakan segala dasar berkaitan hal ehwal akademik di UPNM dan menjadi urus setia bagi Mesyuarat Senat Universiti. UPNM ditubuhkan bagi melahirkan graduan tentera dan awam untuk keperluan keselamatan dan pertahanan negara. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN Pada tahun 2020 terdapat 3 Program Asasi Pertahanan, 18 Program Sarjana Muda dan 3 Program Diploma yang ditawarkan di UPNM. Maklumat program tersebut adalah seperti berikut: 1) Program Pengajian Asasi Pertahanan • Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Z0470) • Asasi Pengurusan dan Strategi (Z0220) • Asasi Perubatan (Z0080) 2) Program Pengajian Diploma • Diploma Pentadbiran Perniagaan (Z2229) • Diploma Pengurusan Logistik (Z2280) • Diploma Ketangkasan Pertahanan (Z2038) 3) Program Pengajian Sarjana Muda • Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (ZC00) • Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas) (ZC20) • Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer) (ZC27) • Sarjana Muda Penyelidikan Operasi dengan Sains Data (ZC33) • Sarjana Muda Teknologi Maritim (ZG37) • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik dan Pengangkutan Maritim (ZG57) • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (ZK01) • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (ZK08) • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan Kepujian (ZK23) • Sarjana Muda Doktor Perubatan (ZM00) • Sarjana Muda Pengajian Strategi (ZP44) • Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan (ZP45) • Sarjana Muda Pengurusan Pertahanan dan Keselamatan (ZP58) • Sarjana Muda Pertahanan dan Keselamatan Islam (ZK63) • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kepolisan, Keselamatan Global dan Perisikan (ZK64) Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 44 07/03/2022 11:44 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz