35 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Petunjuk dan Laporan Prestasi Utama (KPI) Menteri (xvi) Kol. Prof. Madya Dr. Mohd Nor bin Yahaya (B) dilantik sebagai Pakar Perunding bagi Kajian Hala Tuju Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera, Bahagian Korporat dan Jaringan Industri pada 23 Julai 2020; (xvii) Lt Kol Ir. Ts. Dr. Vikneswaran A/L Munikanan (B) dilantik sebagai Felo oleh Institute for Engineering Research and Publication sehingga kini. (xviii) Lt. Kdr. Nik Ismail Rashed bin Che Ali (B) dilantik sebagai Jawatankuasa Tetap Tadbir & Sekretariat oleh Majlis Paralimpik Malaysia mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2020 serta Naib Pengerusi Persatuan Pengurusan Sukan Malaysia bermula 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020; (xix) Prof. Dato’ Dr. Hamzah bin Ahmad dilantik sebagai Pengetua Akademik oleh Maktab Pertahanan Negara mulai 1 September 2019 hingga kini. Beliau juga dilantik sebagai Steering Committee oleh Kementerian Pertahanan Malaysia mulai 31 Januari 2020; (xx) Prof. Dr. Mohar bin Kassim dilantik sebagai Pakar Penilai Kesahan Instrumen dan Model Kajian oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mulai 4 November 2020; (xxi) Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Md Zin bin Wan Yunus dilantik sebagai Profesor Emeritus oleh Universiti Putra Malaysia dalam bidang Sains dan Teknologi mulai tahun 2016 hingga kini. Beliau juga dilantik sebagai Felo di Akademi Sains Malaysia dalam bidang Analytical and Polymer Chemistry mulai 2015, Felo di Institut Kimia Malaysia dalam bidang Kimia mulai 2013 dan Felo di International Union of Pure and Applied Chemistry dalam bidang Kimia mulai 2011 hingga kini; (xxii) Prof. Emeritus Dato’ Ts. Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok telah dilantik sebagai Profesor Emeritus oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sains dan Teknologi mulai tahun 2015 hingga kini. Beliau juga dilantik sebagai Profesor Adjung di UNITAR dalam bidang Sains Komputer dan di eAsia University dalam bidang yang sama mulai 2012 hingga kini. Selain itu, beliau turut dilantik sebagai Felo Akademi Sains Malaysia dalam bidang Information Retrieval (Search Engines), Information Systems, Natural Language Processing, Strategic Information SystemPlanning, Multimedia dan Artificial Intelligencemulai 2018, Felo di Malaysian Scientific Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 35 07/03/2022 11:44 AM
RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz