Laporan Tahunan UPNM 2020

33 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Petunjuk dan Laporan Prestasi Utama (KPI) Menteri Kejayaan UPNM bagi Tahun 2020 1. Antara pencapaian cemerlang UPNM pada tahun 2020 adalah seperti berikut; (i) Memperoleh Penarafan 5 bintang dan kedudukan antara dua UA tertinggi yang mendapat markah keseluruhan 100% bagi pencapaian data MyMoheS (Sistem Pengumpulan Data Universiti Awam) antara semua UA (Tahun 2019: UPNM mendapat lima bintang dengan markah 100%); ii) Memperoleh tiga bintang bagi pencapaian data MyRA (Malaysia Research Assessment) (2020: UPNM mensasarkan empat bintang dalam penarafan MyRA dengan peningkatan jumlah markah); (iii) Memperoleh Dana Intervensi Kebolehpasaran Graduan KPT Tahun 2020 sebanyak RM546,000.00 kerana pencapaian peratusan Kebolehpasaran Graduan (Graduate Employbility - GE) UPNM antara yang tertinggi dalam negara; (iv) Penarafan UPNM dalam Jurnal Berindeks SCOPUS yang berada di kedudukan 18 dari 123 institusi di seluruh dunia dalam bidang pertahanan; (v) Mendapat Penarafan lima bintang bagi kategori ‘Emerging University’ untuk SETARA ’19; (vi) Memperoleh keputusan Audit Bersih daripada pihak Llyod’s Register bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 sejak penubuhannya pada tahun 2006; (vii) Mendapat Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan UPNM 2019 daripada pihak Sijil Ketua Audit Negara; (viii) Mendapat Sijil Pengiktirafan Pematuhan Sistem Perakaunan Standard Bagi Agensi Kerajaan (SAGA) Tahun 2020; (ix) Memperoleh sebanyak 10 Pingat Emas, 11 Pingat Perak, lima Pingat Gangsa, satu Anugerah Merit dan satu Anugerah Khas dalam pertandingan ekspo penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti dalam MTE 2020, MTE Special Edition 2020 dan ITEX ’20; dan (x) UPNM berjaya menjalinkan hubungan strategik korporat dengan 16 buah badan dan institusi dalam dan luar negara iaitu sebanyak sembilan (9) Memorandum Persefahaman (MoU) dan tujuh (7) Memorandum Perjanjian (MoA). MoA dan MoU ini bertujuan mewujudkan kerjasama dalam bidang industri pertahanan dan keselamatan bagi maksud penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta akademik. 2. Beberapa orang warga UPNM juga telah berjaya memperoleh pengiktirafan dari dalam dan luar negara, antaranya; (i) Prof. Dato’ Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi telah dilantik sebagai Profesor Pelawat oleh Kolej Universiti Yayasan Pahang mulai 14 Februari 2019 hingga 13 Februari 2021 dan Universiti Tun Hussein On Malaysia (UTHM) mulai 1 Jun 2018 hingga 31 Mei 2020. Beliau juga adalah Chartered Fellow The Chartered Institute of Logistics and Transport (mulai 2019 hingga kini), Naib Presiden The Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (mulai 2019 hingga kini), Ahli Lembaga Penasihat bagi Nanotechnology Reviews (jurnal yang Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 33 07/03/2022 11:44 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz