Laporan Tahunan UPNM 2020

25 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Pengoperasian Semasa Pandemik Covid-19 PENGOPERASIAN UNIVERSITI DALAM TEMPOH PKP Penularan wabak COVID-19 telah menyaksikan norma baharu bagi negara amnya dan staf khususnya sebagai langkah mengekang penularan wabak diperingkat Universiti seperti: a) Pelaksanaan BDR Peringkat awal pelaksanaan PKP dikuat kuasa, semua staf dikehendaki Bekerja Dari Rumah (BDR) kecuali barisan hadapan (frontliners) seperti staf kesihatan dan keselamatan. Pelaksanaan jadual penggiliran BDR juga diaktifkan dengan kehadiran staf ke pejabat dipantau pada setiap hari dan arahan bekerja secara berperingkat turut dikeluarkan dari semasa ke semasa mengikut SOP pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), JPA dan KPT. b) Kebajikan dan kesihatan staf semasa pandemik (mental dan fizikal) • Kesihatan staf semasa pendemik di pantau oleh setiap Ketua FPJB dan sekiranya terdapat staf yang mengalami demam dan batuk yang berterusan, staf berkenaan diarahkan untuk merujuk ke Pusat Kesihatan atau klinik bagi mendapatkan rawatan dengan segera. • Sekiranya ada staf yang menjadi kontak rapat kepada ahli keluarga yang positif COVID-19, staf berkenaan akan diarahkan untuk BDR dan melaksanakan kurantin kendiri. • Di peringkat Universiti, Jawatankuasa Bertindak COVID-19 telah dibentuk bagi memantau keskes yang melibatkan staf dan pelajar. • Dari segi kebajikan pula, semua staf yang mengalami masalah atau menghadapi kesulitan dan memerlukan bantuan terutamanya staf dari golongan berkeperluan, pihak Pejabat Pendaftar dan Universiti akan memberikan bantuan terutamanya barangan keperluan harian. c) Program-program pengisian semasa BDR Sepanjang PKP dilaksanakan beberapa program ceramah kesihatan, keagamaan dan perbincangan berkaitan pelbagai isu-isu COVID-19 dilaksanakan secara dalam talian bagi menyampaikan maklumat yang tepat kepada semua staf dalam mengharungi situasi yang penuh mencabar semasa Covid-19. Semua aktiviti berbentuk fizikal juga telah ditangguhkan / dibatalkan termasuklah penganjuran beberapa program atau acara tahunan peringkat Universiti turut ditangguhkan. Pelaksanaan mesyuarat juga turut dilaksanakan secara dalam talian serta hybrid secara berperingkat tertakluk kepada situasi semasa. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 25 07/03/2022 11:44 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz