Laporan Tahunan UPNM 2020

251 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Prestasi Kewangan Ringkasan jumlah aset untuk lima (5) tahun terkini iaitu dari tahun 2016 hingga 2020 dapat dilihat seperti di dalam Carta 4. Carta 4: Perbandingan Komposisi Jumlah Aset untuk 5 tahun (2016 - 2020) Berdasarkan kepada carta 4, nilai aset bukan semasa iaitu hartanah, loji dan peralatan dan aset tak ketara adalah komposisi yang tertinggi di dalam jumlah aset UPNM bagi tahun 2016 hingga 2020 dan diikuti dengan simpanan tetap dan lain-lain. Ini adalah selari dengan hasrat Universiti untuk meningkatkan prasarana kampus dan melengkapkan peralatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan di Universiti. Secara keseluruhan, prestasi kewangan UPNM bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020 berada dalam keadaan baik berasaskan kepada indikator kewangan yang menunjukkan nilai Aset Bersih di dalam Penyata Kedudukan Kewangan. UPNM telah berjaya mengekalkan status sijil audit bersih daripada Jabatan Audit Negara (JAN) bagi Penyata Kewangan tahun 2020 bagi kali ke 14 semenjak tahun 2007 sehingga 2020. UPNM sentiasa memastikan tadbir urus kewangan dilaksanakan dengan efisien dan teratur serta patuh kepada Tatacara Kewangan, Peraturan dan Pekeliling Semasa bagi mengekalkan status ini di masa akan datang. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 251 07/03/2022 11:53 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz