Laporan Tahunan UPNM 2020

250 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Prestasi Kewangan Carta 3: Prestasi Keseluruhan Peruntukan Mengurus untuk 5 tahun (2016 - 2020) Perbelanjaan Mengurus UPNM pada tahun 2020 ialah sebanyak RM125,021,531 berbanding RM132,422,889 pada tahun 2019. Ini merupakan penurunan sebanyak RM7,401,358 (5.6%). Ini disebabkan oleh penurunan dalam perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan sebanyak RM10.9juta dan susutnilai sebanyak RM0.8juta. Walaubagaimana pun terdapat peningkatan dalam emolumen sebanyak RM4.3juta. Berdasarkan kepada jumlah perbelanjaan yang lebih tinggi berbanding pendapatan, UPNM telah menunjukkan kurangan bersih sebanyak RM10,208,340 pada tahun 2020 berbanding lebihan bersih sebanyak RM2,763,891 pada tahun 2019. Ini merupakan penurunan sebanyak RM12,972,231 (469.3%). Penurunan lebihan bersih ini adalah sebabkan oleh sekatan peruntukan kerajaan yang diterima sebanyak RM13,137,400 (11.8%) daripada bajet keseluruhan yang diluluskan. Selain daripada itu, penurunan ini juga disebabkan oleh pengurangan dan pemberian diskaun yuran pengajian kepada pelajar serta penurunan dalam kadar simpanan tetap yang memberi kesan kepada pendapatan UPNM. ASET DAN TANGGUNGAN Jumlah aset bukan semasa UPNM pada tahun 2020 adalah sebanyak RM194,192,324 berbanding dengan RM185,574,696 pada tahun 2019. Ini merupakan peningkatan sebanyak RM8,617,628 (4.6%). Ini disebabkan oleh pertambahan dalam hartanah, loji dan peralatan dan aset tak ketara khususnya projek Dewan Kuliah Berpusat yang telah siap sepenuhnya pada tahun 2020. Jumlah aset semasa UPNM pada tahun 2020 adalah sebanyak RM110,478,812 berbanding dengan RM117,282,815 pada tahun 2019. Ini merupakan penurunan sebanyak RM6,804,003 (5.8%). Ini disebabkan oleh penurunan dalam tunai dan penghutang. Jumlah liabiliti bukan semasa UPNM adalah berjumlah RM2,205,410 pada tahun 2020 berbanding dengan RM1,226,059 pada tahun 2019. Ianya mencatatkan peningkatan sebanyak RM979,351 (79.9%). Ini disebabkan oleh penambahan dalam peruntukan manfaat kakitangan jangka panjang. Jumlah liabiliti semasa UPNM pada tahun 2020 adalah sebanyak RM66,579,116 berbanding RM74,889,082 pada tahun 2019. Ini merupakan penurunan sebanyak RM8,309,966 (11.1%). Ini disebabkan oleh penurunan geran tertunda sebanyak RM10.7juta dan peningkatan dalam urus niaga pertukaran belum bayar sebanyak RM1.7juta dan cagaran dan pertaruhan sebanyak RM0.7juta. UPNM mempunyai aset bersih sebanyak RM235,886,610 pada tahun 2020 berbanding sebanyak RM226,742,370 pada tahun 2019. Ini merupakan peningkatan sebanyak RM9,144,240 (4.0%). Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 250 07/03/2022 11:53 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz