234 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Bahagian Keselamatan OPERASI PEMERIKSAAN PELEKAT KENDERAAN DAN LESEN MEMANDU Bahagian Keselamatan telah menjalankan suatu operasi pemeriksaan pelekat kenderaan dan lesen memandu ke atas staf dan pekerja luar yang memasuki Kampus di Pintu Masuk Utama UPNM yang melibatkan satu (1) penolong pegawai dan lima (5) orang anggota keselamatan. Operasi ini dilaksanakan dua hari iaitu pada 21 dan 22 Januari 2020. Seramai 30 orang telah diberikan amaran lisan untuk mendapatkan pelekat kenderaan baharu dan memperbaharui lesen memandu. Operasi pemeriksaan ini dilaksanakan berdasarkan aduan daripada pihak Kem dan perubahan penggunaan pelekat baharu. Objektif utama operasi ini dilaksanakan adalah untuk mengesan individu yang tidak mematuhi peraturan dan mengenal pasti mana-mana individu yang mengambil kesempatan untuk tidak memperbaharui pelekat kenderaan dan lesen memandu untuk membawa kenderaan dalam kawasan Universiti. Pemeriksaan ini dilakukan dengan tujuan penguatkuasaan demi memelihara keselamatan dan kesejahteraan warga kampus. 4 BAHAGIAN kesELAMATAN PENGANJURAN KURSUS LANJUTAN KEMAHIRAN PERSONEL & LATIHAN KOMPETENSI PASUKAN KESELAMATAN 2020 Kursus Lanjutan Kemahiran Personel & Latihan Kompetensi Pasukan Keselamatan 2020 telah dilaksanakan dengan jayanya secara dua (2) sesi iaitu pada 10-11 Januari dan 17-18 Januari 2020 bertempat di Pusat Marin, UPNM. Seramai 25 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri 4 orang pembantu keselamatan, dan 21 orang pengawal keselamatan daripada Bahagian Keselamatan UPNM. Penganjuran kursus ini dilaksanakan secara dalaman oleh Pegawai Keselamatan Kanan, Bahagian Keselamatan UPNM. Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk melatih semula kemahiran mengenai pelaksanaan tugastugas dan tanggungjawab keselamatan yang profesional, mendalami akan polisi, prosedurprosedur dan bidang kuasa keselamatan di kampus mengikut peruntukan undang-undang, mendedahkan semula mengenai perlindungan terhadap premis, keselamatan fizikal dan memperkasa kemahiran di dalam mengendalikan keadaan kontingensi semasa berlaku kecemasan. Selain aktiviti didalam bilik, penganjuran kursus Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 234 07/03/2022 11:52 AM
RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz