Laporan Tahunan UPNM 2020

223 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Pusat Kesihatan Penerangan Cara Pemakaian Mask dan Hand Sanitizer Kepada Pelajar dan Staf UPNM Kursus First Aider Anjuran Pusat Kesihatan dengan Kerjasama Asian First Aid Academy Pada 3 September 2020, bertempat di Pusat Marin UPNM telah dianjurkan Kursus First Aider. Kursus ini merupakan anjuran bersama Pusat Kesihatan UPNM dan Asian First Aid Academy. Jumlah peserta yang terlibat ialah seramai 26 orang yang terdiri daripada staf dari Felo Asrama, Bahagian Kenderaan, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dan staf daripada Pusat Kesihatan sendiri. Objektif penganjuran kursus ini ialah: 1) Merupakan latihan kompetensi khususnya bagi petugas Pusat Kesihatan serta amnya kepada staf yang turut terlibat dalam kursus tersebut. 2) Merupakan keperluan wajib kepada setiap staf Felo Asrama supaya rawatan awal dalam menyelamatkan nyawa sebelum mendapatkan rawatan pakar perubatan di hospital. 3) Menambahkan lagi pengetahuan dan meningkatkan kemahiran berdasarkan garis panduan amalan yang terkini dalam pelaksanaan Basic Life Support (BLS). 4) Untuk memastikan setiap staf memahami keperluan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) serta berkeyakinan untuk menyelamatkan sesiapa sahaja tanpa mengira tempat mahupun masa. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 223 07/03/2022 11:52 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz