Laporan Tahunan UPNM 2020

210 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Pembelajaran Sepanjang Hayat Majlis Graduasi Majlis Graduasi bagi Program DPPSP dijalankan secara serentak dengan Majlis Graduasi Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 49/2020 di Auditorium Utama, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya pada 24 September 2020 yang dirasmikan oleh Panglima Tentera Udara Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang. Seramai 164 peserta kursus yang bergraduasi pada hari tersebut. D. Diploma Pengurusan Logistik (DPL) dan Diploma Pentadbiran Perniagaan (DPP) (Program UPNM dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia) Tempoh Pengajian : a) Sepenuh Masa: 3 tahun (minima) dan 5 tahun (maksima) b) Separuh Masa : 4 tahun (minima) dan 7 tahun (maksima) Jenis Pengajian : Secara sepenuh masa dan separuh masa Bahasa Pengantaraan : Bahasa Melayu Kaedah Pengajian : Kerja kursus seperti kuliah, makmal, latihan amali, kerja individu, kerja berkumpulan, pembentangan, penulisan laporan, latihan industri, ujian dan peperiksaan. Tenaga Pengajar : UPNM dan TLDM Pusat Penyelarasan : Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd) dan Fakulti Bekalan dan Pengurusan, KD PELANDOK, TLDM Lumut. Badan Penganugerahan : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Memorandum Perjanjian (MOA) : Kerajaan Malaysia (TLDM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 23 Disember 2015. Di atas permintaan daripada TLDM, sebagaimana yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Lembaga Gabenor Pendidikan dan Latihan TLDM ke-62 pada 28 Jun 2012, TLDM telah memohon kerjasama UPNM untukmembangunkan Programdi peringkat Diploma khusus bagi menaikkan kelayakan akademik anggota lain-lain pangkat. Sebagai permulaan, dua program telah dikenal pasti iaitu Program Diploma Pengurusan Logistik (DPL) dan Diploma Pentadbiran Perniagaan (DPP). Program ini dibuka kepada anggota TLDM sebaik sahaja tamat latihan asas Perajurit Muda. Program kerjasama ini akan dijalankan sepenuhnya di KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut termasuk sesi kuliah dan peperiksaan serta menggunakan kombinasi tenaga kepakaran daripada pensyarah UPNM dan pegawai TLDM yang berkelayakan. Objektif Program: a. Meningkatkan taraf pendidikan anggota; b. Pengiktirafan kelayakan akademik anggota; c. Menyemai sikap Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di kalangan anggota; dan d. Memenuhi dan mematuhi keperluan struktur laluan kerjaya anggota. Syarat Kemasukan: Calon mestilah warganegara Malaysia dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kepujian termasuk Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 210 07/03/2022 11:51 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz