Laporan Tahunan UPNM 2020

20 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Laporan Naib Canselor PENGUKUHAN BIDANG TUJAHAN PERTAHANAN DAN KESELAMATAN Strategi perencanaan transformasi UPNM untuk memacu pengukuhan sebagai universiti yang kredibel terus digiatkan sepanjang tahun 2020. Usaha pintar untuk memposisikan UPNM dalam kedudukan sebagai Universiti Awam yang berwibawa dalam bidang tujahan pertahanan dan keselamatan terus digarap dan dipelbagaikan. Ini sejajar dengan hasrat UPNM untuk terus menyumbang peranan secara lebih signifikan sebagai autoriti pemikir ilmiah, katalis teknovasi, pelopor penyelidikan berimpak tinggi, serta khidmat konsultansi dalam bidang tujahan yang diamanahkan di peringkat nasional mahupun global. Inisiatif ini juga turut dipacu menerusi pemeteraian MoU dan MoA bersama-sama rakan strategik bagi maksud kolaborasi serta mewujudkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta pembangunan akademik. PEMERKASAAN INISIATIF MELAHIRKAN MAHASISWA HOLISTIK Kurikulum pengajian yang begitu unik menerusi gabungan aspek akademik kontemporari, disiplin, kepimpinan, sahsiah serta kerohaniah terus menjadi citra identiti dan kekuatan tersendiri bagi UPNM. Ia terangkum dalam aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pembentukan mahasiswa sebagai seorang intelek holistik. Semua inisiatif tersebut telah terbukti hasilnya menerusi pencapaian hebat para mahasiswa dan graduan yang telah menamatkan pengajian. Antara yang paling signifikan, pencapaian UPNM mengungguli puncak carta Kebolehpasaran Graduan (Graduate Employability) dalam kalangan Universiti Awam pada tahun 2020 terus menjadi kejayaan manis yang wajar dibanggakan oleh seluruh warga. Justeru, program-program berimpak tinggi serta pendedahan peluang kerjaya kepada bakal graduan akan terus dimantapkan bagi mengekalkan prestasi luar biasa UPNM dalam penarafan GE. Paling utama, sokongan padu oleh Kementerian Pengajian Tinggi menerusi penyaluran Dana Intervensi Kebolehpasaran Graduan akan terus dimanfaatkan secara optimum dalam mencapai sasaran lebih tinggi pada tahun-tahun berikutnya. Dalam bidang sukan pula, UPNM juga tidak kurang hebatnya. Kontinjen UPNM telah berjaya menduduki tempat ke-2 keseluruhan daripada 20 Universiti Awam dalam Karnival Sukan MASUM Fasa 1 2020 dengan catatan 8 pingat Emas, 4 pingat Perak dan 6 pingat Gangsa. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 20 07/03/2022 11:43 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz