208 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Pembelajaran Sepanjang Hayat C. Diploma Pascasiswazah Pengajian Strategi dan Pertahanan (Program UPNM dengan kerjasama Maktab Turus Angkatan Tentera) Tempoh Pengajian : Kohort 49 - Setahun (Sept 2019 - Ogos 2020) Tenaga Pengajar : UPNM dan MTAT Pusat Penyelarasan : Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd) dan Maktab Turus Angkatan Tentera Badan Penganugerahan : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Memorandum Perjanjian (MOA) : Kerajaan Malaysia (MTAT) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 1 Januari 2018 ProgramDiploma Pascasiswazah Pengajian Strategi dan Pertahanan (DPPSP) ditawarkan untuk pelajarpelajar Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT). Ia dikendalikan secara bersama dengan melibatkan gabungan kepakaran dan tenaga pengajar UPNM dan MTAT. Program ini dibangunkan khas untuk pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia serta anggota tentera negara asing, berpangkat Mejar dan ke atas dengan objektif pembelajaran seperti berikut: 4 Memberi nilai tambah pengetahuan. Program ini akan meningkatkan tahap intelektualisme dan meningkatkan kefahaman dan tafsiran pegawai terhadap kursus tentera dengan lebih sistematik. 4 Meningkatkan tahap pemikiran dan pandangan pegawai terhadap sesuatu isu dan memupuk pemikiran kritis di dalam bidang strategik dan kajian keselamatan. Keupayaan ini adalah amat penting untuk pegawai-pegawai tentera di dalam membuat keputusan terutama kepada mereka yang terlibat dengan command and control di dalam pengurusan-pengurusan ketenteraan. 4 Menyediakan peluang kepada lepasan graduan dari program ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di UPNM atau di Institusi Pengajian Tinggi yang lain. Syarat Kemasukan Lulus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang bersesuaian dari institusi pengajian yang diiktiraf dengan pencapaian minimum PNGK 2.75, pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dan diluluskan oleh Senat Universiti; atau Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya dan diluluskan oleh Senat Universiti dari semasa ke semasa. Peserta Kursus Luar Negara, dalam kes pelajar di luar negara, pemilihan akan dibuat oleh institusi mereka sendiri tentera dengan bantuan Kementerian Pertahanan masing-masing. Ini adalah mengikut perjanjian yang dibuat oleh Program Kerjasama Pertahanan Malaysia (MDCP). Walau bagaimanapun, kelayakan minimum seperti yang dinyatakan di universiti umum dan keperluan khusus program perlu diperakukan oleh Senat Universiti. Struktur program adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 84. Jadual 84: Struktur Program Bil. Kod Kursus Kredit Kursus 1. 2. 3. 4. PSD 5114 PSD 5123 PSD 5133 PSD 5141 4 3 3 1 11 SEM I Strategic Studies and Security Affairs in Asian Region (SSSAAR) International Relations and Malaysia’s Foreign Policy (IRMFP) War Studies, Command and Leadership (WSCL) Commandant Paper I (COMPA I) Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 208 07/03/2022 11:51 AM
RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz