Laporan Tahunan UPNM 2020

196 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Hubungan Industri dan Korporat 4 hubungan industri dan korporat Hubungan Industri dan Korporat merangkumi pembangunan hubungan dan kerjasama strategik seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara bersama serta pengkomersilan paten universiti. Pada tahun 2019 UPNM berjaya menjalinkan kerjasama dengan 22 buah badan dan institusi dalam dan luar negara. Manakala bagi tahun 2020. UPNM menjalinkan hubungan strategik korporat dengan 16 buah badan dan institusi dalam dan luar negara iaitu sebanyak 9 Memorandum Persefahaman (MoU) dan 7 Memorandum Perjanjian (MoA). MoU dan MoA ini bagi tujuan mewujudkan kerjasama dalam bidang industri pertahanan dan keselamatan bagi maksud penyelidikan dan pembangunan (R & D) dan akademik. Daripada 16 MoU dan MoA yang dimeterai pada tahun 2020, hanya dua (2) sahaja melibatkan kerjasama peringkat antarabangsa akibat terkesan daripada penularan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara khususnya dan dunia amnya sepanjang tahun 2020. Hampir keseluruhan kerjasama yang dirancangkan sama ada bersama badan dan institusi tempatan ataupun luar negara telah tertangguh dan hanya kembali aktif kesinambungannya pada pertengahan dan penghujung tahun 2020 tertakluk kepada keadaan semasa pada ketika itu. MEMORANDUM PERJANJIAN (MoA) DAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) DENGAN BADAN / INSTITUSI TEMPATAN DAN LUAR NEGARA DALAM BIDANG AKADEMIK DAN INDUSTRI 2020 Memorandum Perjanjian (MoA) dan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Badan/Institusi Tempatan dan Luar Negara Dalam Bidang Akademik dan Industri pada tahun 2020 seperti yang di Jadual 77. Jadual 77: Senarai Pangkalan Data Bagi Tahun 2020 Bil. Negara Institusi Terlibat Tarikh Meterai (Tempoh) Bidang Kerjasama 1. Malaysia Kementerian Pendidikan Tinggi BIDANG AKADEMIK (MoA) November 2020 (2 Tahun) A study of Advanced Aircraft Satellite Tracking System (AASTS) Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 196 07/03/2022 11:50 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz