Laporan Tahunan UPNM 2020

190 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penerbitan Ilmiah Judul: Kepimpinan al-Fateh dan Siyasah Syar‘Iyyah e-ISBN: 978-967-2414-11-7 Format/Bahasa: epub/Bahasa Malaysia Pengarang: Wan Norhasniah Wan Hussin Ringkasan: Kepimpinan Politik dan Ketenteraan SultanMuhammad al-Fateh berasaskan Siyasah Syar‘iyyah memaparkan kepimpinan al-Fateh dari aspek politik dan ketenteraan mengikut siyasah syar‘iyyah. Ia merupakan satu disiplin ilmu berkaitan dengan sistem politik Islam yang mencakupi bidang kepimpinan, ketenteraan, pentadbiran, pertahanan, perundangan dan ekonomi, dengan tujuan untuk melindungi kemaslahatan masyarakat sejagat berasaskan syarak. Justeru, menerusi penghayatan prinsip-prinsip yang terangkum dalam siyasah syar‘iyyah, para pemimpin mampu menjaga hak kebajikan anggota masyarakat secara telus dan adil. Menerusi analisis, karya ini telah membuktikan prinsip-prinsip siyasah syar‘iyyah telah dihayati dan diaplikasikan dalam pentadbiran al-Fateh. Dengan keperibadian diri yang dibina berteraskan al-Quran dan al-Sunah, nilai keadilan, kesaksamaan, ketelusan, kejujuran dan kebenaran telah ditekankan oleh al-Fateh, terutamanya sewaktu berinteraksi dengan anggota masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Oleh itu para sarjana telah memartabatkan al-Fateh sebagai tokoh politik dan kepimpinan ketenteraan yang berkarismatik, berkeperibadian mulia dan berwibawa dalammentadbir negara dan mengendalikan strategi perang. Hasil kupasan dan penerangan yang telah diketengahkan, justeru sumbangan utama karya ini adalah untuk menonjolkan kecemerlangan corak kepimpinan politik dan ketenteraan al-Fateh, untuk dijadikan model dan garis panduan sama ada kepada pemimpin negara, ataupun pemimpin dalam sesebuah organisasi ketika menguruskan anggota masyarakat ataupun kelompok bawahan. Dengan olahan penerangan yang mudah difahami, diharapkan karya ini dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat, tanpa mengira perbezaan agama, adat resam dan keturunan. Judul: Kepimpinan Ketenteraan Muhammad al-Fateh dan Napoleon Bonaparte Berdasarkan Teori Just War e-ISBN: 978-967-2414-07-0 Format/Bahasa: epub/Bahasa Malaysia Pengarang: Wan Muhammad Izrin Wan Rashid, Wan Norhasniah Wan Hussin Ringkasan: Buku ini membahaskan falsafah teori Just War dalam kepimpinan ketenteraan Muhammad al-Fateh dan Napoleon Bonaparte dengan memfokuskan nilai akhlak dan moral dalam setiap fasa perang, bagi mengekalkan keadilan. Meskipun penghayatan nilai berkenaan bukan penentu utama kemenangan dalam setiap fasa perang yang diterajui oleh panglima tentera tertentu, namun penghayatan dan pengaplikasiannya penting bagi mengekang kezaliman, penindasan, pendiskriminasikan terhadap pihak lawan dan masyarakat awam, yang terdiri dari warga emas, kelompok wanita, golongan kurang upaya dan kanak-kanak. Sumbangan utama buku ini adalah memberi ruang baharu kepada para pengkaji untuk menganalisis falsafah teori Just War terhadap mana-mana pemimpin ketenteraan ataupun panglima tentera yang unggul, karismatik dan berwibawa, sama ada tindakan yang diambil berunsurkan keadilan ataupun kezaliman. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 190 07/03/2022 11:50 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz