181 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penerbitan Ilmiah Judul: Siri Penyelidikan UPNM - Kelestarian Pemimpin Berkarisma Melalui Aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek (JERI) dalam Kalangan Mahasiswa (Edisi Kemaskini) ISBN: 978-967-2414-32-2 Format/Bahasa: Bercetak/Bahasa Malaysia Pengarang: Hasan al-Banna Mohamed, Mohd. Hamran Mohamad, Mohd Kamarul Amree Mohd Sarkam, Sayuti Ab. Ghani Ringkasan: Kajian ini berbentuk eksploratori secara mendalam yang memfokuskan tentang pengaruh pemimpin berkarisma dalam kalangan mahasiswa di sebuah Universiti Awam (UA) iaitu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur yangmenekankan aspek kepimpinan dan disiplin yang tinggi kalangan para pelajarnya. Pengaruh pemimpin berkarisma ini diukur menerusi empat dimensi utama yang difokuskan iaitu J.E.R.I. meliputi aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual. Oleh yang demikian, ciri-ciri kepimpinan berkarisma sangat penting untuk diaplikasikan dalam sesebuah organisasi terutamanya di institusi pengajian tinggi yangmereka bakal menjadi ketua yang holistik pada masa akan datang. Dimensi atau elemen-elemen yang membentuk sikap pemimpin berkarisma banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor secara dalaman mahupun luaran. Kedua-dua faktor tersebut akan meletakkan sesebuah organisasi menjadi cemerlang ataupun sebaliknya. Oleh itu, kepimpinan berkarisma berperanan dalam merangka arah tuju organisasi dan kesannya yang efektif seperti juga aspek motivasi kepimpinan terhadap subordinat yang secara tidak langsung membawa kepada kestabilan dan kecemerlangan sesebuah organisasi. Judul: Kepemimpinan Komuniti ISBN: 978-967-2414-02-5 Format/Bahasa: Bercetak/Bahasa Malaysia Penyunting: Jessica Ong Hai Liaw, KhairunneezamMohd Noor, Khairunnisa Mardzuki, Farhana Sabri Ringkasan: Buku ini merupakan himpunan 10 artikel yang membincangkan isudancabaranmeliputi pelbagai aspekdalam kepimpinan. Doa dan berkat kerjasama Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP), Universiti PertahananNasional Malaysia (UPNM) dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains IslamMalaysia (USIM) diteruskan dengan semangat ukhuwah yang utuh. Kepemimpinan Komuniti merangkumi sejarah kepimpinan sebagai teladan dengan ciri-ciri kepemimpinan keperibadian teragung dan membentuk perhubungan serta mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat. Diharapkan dengan penghasilan buku ini dapat membantu dalam melahirkan lebih ramai pemimpin yang mampu menjadi qudwah hasanah buat umat manusia dalam era kemodenan ini. Pemimpin yang bersama rakyat dapat menjamin kesejahteraan kehidupan individu, masyarakat dan memakmurkan negara. Semoga buku ini menjadi sumber rujukan kepada semua pihak terutama kepemimpinan organisasi mahupun dalam kalangan masyarakat umum. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 181 07/03/2022 11:50 AM
RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz