178 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penerbitan Ilmiah 4 penerbitan ilmiah Secara umumnya, Penerbit UPNM memegang misi menerbit dan menyebar terbitan para akademia UPNM dan karyawan lain sebagai penyumbang kepada penyebaran ilmu pertahanan dan keselamatan. Penerbit UPNM berhasrat menjadi sebuah Penerbit Universiti yang unggul melalui penghasilan karyakarya ilmiah yang bermutu tinggi terutamanya dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Fungsi dan Peranan Penerbit UPNM: 4 Menjadi agensi setempat bagi semua urusan penerbitan ilmiah bermula daripada penerimaan manuskrip, semakan, penyuntingan, susun atur, penerbitan master copy, mengatur penilaian karya oleh pakar bidang, reka bentuk naskhah, reka bentuk grafik, penterjemahan, adaptasi teks, pendaftaran ISBN/ISSN/PDP sehinggalah ke urusan percetakan dan pengedaran karya-karya ilmiah dan penyelidikan. 4 Menyelaras dan menganjurkan latihan/seminar/kursus/klinik yang berkaitan dengan penerbitan seperti penyuntingan, penterjemahan, bengkel karya asli, penulisan makalah jurnal, bengkel pruf dan klinik perundingan penerbitan karya-karya ilmiah. 4 Mengumpul, menyebar dan menerbitkan maklumat berkenaan dengan aspek penerbitan. 4 Membantu mengurus selia kepada aktiviti-aktiviti berkaitan penerbitan seperti Majlis Syarahan Perdana, persidangan dan sebagainya. Platform Penjualan Buku: Shopee: https://shopee.com.my/penerbit_upnm E-Sentral: https://www.e-sentral.com/publishers/filter/7823 FB: UPNM Press Whatsapp: Judul: Pendidikan Melestari Ketahanan Negara ISBN: 978-967-2414-29-2 Format/Bahasa: Bercetak/Bahasa Malaysia Penyunting: Rafizul Rozlee, Hilmi Azani Husain, Nurul Norasyila Dasuki Ringkasan: Buku ini mengandungi koleksi ucapan terpilih Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sepanjang tahun 2018 hingga 2020. Buku ini dihasilkan agar dapat dijadikan panduan dan rujukan khususnya kepada warga UPNM tentang bagaimana perjalanan universiti yang dihasratkan, hasil daripada pelbagai siri perbincangan dengan barisan Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi universiti. Penerbitan buku diharapkan dapat menjadi satu lembaran sejarah garis masa untuk disingkap sebagai panduan di kemudian hari, ketika mana UPNM nanti telah berada pada kedudukan yang gah sebagai institusi ilmu yang ternama dan tinggi mutu serta wibawanya. Buku Terbitan Tahun 2020 Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 178 07/03/2022 11:50 AM
RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz