Laporan Tahunan UPNM 2020

161 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Modal Insan Cemerlang Kerajaan. Walau bagaimanapun, ianya masih tertakluk dalam peraturan Skim Kemudahan Perubatan Staf / Pesara. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia turut memperkenalkan Kad Perubatan Staf UPNM dan setiap staf akan dibekalkan kad rawatan perubatan untuk memudahkan menerima rawatan di klinik panel yang dilantik. Maklumat staf dan tanggungan akan dipaparkan pada kad rawatan berkenaan sebagai usaha untuk membendung penyalahgunaan rekod pesakit. Setiap staf hanya dihadkan untuk memilih sebanyak tiga (3) klinik panel sahaja. Bagi staf yang mempunyai suami atau isteri yang bekerja di UPNM maka jumlah klinik panel masih tetap sama iaitu tiga (3) sahaja. b) Kemudahan Bantuan Perbelanjaan Perubatan Kemudahan perubatan yang diterima oleh staf UPNM turut melibatkan kes-kes khas yang diluluskan melalui Jawatankuasa Perubatan Staf UPNM berdasarkan kepada syarat dan peraturan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan. c) Sistem Kehadiran Biometrik Pengurusan Universiti telah bersetuju bagi kehadiran staf ke pejabat akanmenggunakan sistemyang baharu iaituSistemKehadiranBiometrik. Sisteminimerupakansatukaedahuntukmengecamindividu berdasarkan ciri-ciri biologi dan tingkah laku. Penggunaan teknologi biometrik yang digunapakai di UPNM ialah penggunaan cap jari dan imbasan kad staf yang mana ianya boleh meningkatkan tahap keselamatan dan kualiti sistempenyampaian perkhidmatan. Teknologi biometrik berasaskan cap jari mengunakan imej optik untuk mengenal pasti identiti melalui pattern-matching. Kaedah biometrik ini mempunyai tahap ketepatan yang tinggi kerana setiap individu mempunyai cap jari yang berbeza. Bagi memastikan sistem ini selari dengan perkembangan semasa, sistem ini telah ditambahbaik kepada Sistem e-Kehadiran Versi 2.0 yang telah dilaksanakan pada 3 September 2019. Sistem ini ditambahbaik bagi membolehkan pertukaran daripada satu waktu bekerja (8.00 pagi hingga 5.00 petang) kepada waktu bekerja lebih dari satu waktu yang diaplikasikan dalam sistem kehadiran sedia ada. Sistem e-Kehadiran Versi 2.0 ini terdiri daripada waktu bekerja berperingkat (WBB) bagi staf bukan akademik, waktu bekerja shift (WBS), waktu bekerja staf akademik (WBA), waktu bekerja staf akademik yang memegang jawatan pentadbiran (WBAP), dan waktu bekerja Fleksi (WBF) untuk jawatan tertinggi UPNM. Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) bagi Staf Bukan Akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia juga telah dilaksanakan pada 1 Oktober 2020 serta diadaptasi didalam sistem e-kehadiran ini. Sistem ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan bagi melindungi maklumat peribadi staf. Selain itu, sistem ini juga meliputi borang-borang secara atas talian berkaitan borang keluar pejabat tidak rasmi, borang bertugas rasmi dan justifikasi lewat atas talian. Sebagai salah satu usaha ke arah menerapkan budaya kerja yang cemerlang dan bagi memastikan setiap pegawai mempunyai tahap integriti dan disiplin yang tinggi, semua pegawai di UPNM adalah diwajibkan menggunapakai sepenuhnya Sistem Kehadiran Biometrik yang telah disediakan berkuatkuasa sejak 1Ogos 2015. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 161 07/03/2022 11:49 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz