Laporan Tahunan UPNM 2020

143 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penyelidikan dan Inovasi Dana keseluruhan program penyelidikan yang telah dianugerahkan oleh KPT ini adalah sebanyak RM755,350.00. Program ini telah bermula secara rasminya pada 1 Disember 2020, manakala tarikh tamatnya dijangka pada 30 November 2023. Antara pendekatan yang diambil bagi memenuhi objektif projek dan merealisasikan output yang disasarkan adalah penilaian risiko dan impak bencana, lawatan tapak, focus group discussion (FGD), temubual, pemetaan risiko bencana, kajian kes, dan beberapa siri bengkel bersama semua pihak berkepentingan. Selain dari penghasilan rangka kerja koordinasi sivil-ketenteraan bagi tindak balas bencana di Bandaraya Kuala Lumpur dan penerbitan dalam jurnal berindeks, program ini turut mensasarkan untuk menjana bakat baharu melalui graduan pasca siswazah (3 Doktor Falsafah dan 3 Ijazah Sarjana), penghasilan harta intelek serta kertas polisi bagi pengurusan agensi sivil dan ketenteraan dalam tindak balas bencana di bandar. PAMERAN MAYA HOPE 2020 Susulan dari sambutan memberangsangkan untuk Pameran HOPE 2019, Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR) bersama rakan kerjasama telah meneruskan penganjuran program pameran HOPE yang berasaskan pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan bermula 7 Disember sehingga penghujung bulan Disember 2020. Tema Pameran HOPE 2020 adalah pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan ketika pandemik COVID-19 di Malaysia. Sejajar dengan keperluan penjarakan fizikal dan norma baharu akibat pandemik ini, Pameran HOPE telah diadakan secara maya di laman sesawang www.hopexhibition.my. Selain perlaksanaan pameran secara maya buat pertama kalinya ini, Pusat Penyelidikan HADR juga telah mendapat sokongan dan penyertaan dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku rakan penganjur, di samping Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Yayasan Tzu Chi Malaysia. Perasmian HOPE 2020 telah dilakukan pada 7 Disember 2020 oleh YBrs. Tuan Mohamad Azhan Md. Amir, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pengurusan Pasca Bencana, NADMA bagi mewakili Ketua Pengarah NADMA. Sebanyak 20 pempamer telah menyertai pameran maya ini dari pelbagai agensi, institusi dan organisasi bukan kerajaan (NGO). Antara pempamer yang turut serta adalah Angkatan Pertahanan AwamMalaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), World Food Programme – UN Humanitarian Response Depot (WFP-UNHRD), UN High Commission for Refugees (UNHCR), Malaysian Relief Agency (MRA), IMAM Response and Relief Team (IMARET), Yayasan Ikram Malaysia, dan Majlis Belia Malaysia. Pelbagai bahan pameran telah dikongsikan oleh para pempamer bagi meningkatkan kesedaran masyarakat umum berkenaan aktiviti dan pendekatan yang diambil setiap agensi/organisasi bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat di negara ini menggunakan media teks, gambar dan video. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 143 07/03/2022 11:49 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz