Laporan Tahunan UPNM 2020

139 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penyelidikan dan Inovasi PROGRAM LAUNCH OF THE UPDATED COMMENTARY OF THE THIRD GENEVA CONVENTION 19 November 2020 - Launch of the Updated Commentary of the Third Geneva Convention adalah bertujuan untuk mempromosikan dan memperkenalkan ulasan terbaru dalam Third Geneva Convention. ThirdGenevaConvention inimengandungi perkaraberkaitanundang-undangdanperaturanperlindungan tawanan perang semasa konflik bersenjata. Tujuan utama ulasan yang diperbaharui ini adalah untuk memberi pemahaman tentang undang-undang yang ditafsirkan ini, supaya ianya dapat diterapkan secara efektif dalam konflik bersenjata. Ianya juga merupakan sumbangan penting untuk menegaskan kembali relevannya Konvensyen dalam meningkatkan rasa hormat terhadap mereka dan memperkuat perlindungan bagi mangsa yang terperangkap dalam konflik bersenjata. Teks Geneva Konvesyen ini juga merupakan rujukan penting bagi golongan yang bekerja atau yang mempelajari bidang undang-undang kemanusiaan antarabangsa (IHL). Ucapan pembukaan disempurnakan oleh Ms. Biljana Milosevic, Head of Regional Delegation, ICRC dan ahli-ahli panel yang terlibat dalam sesi perbincangan ini adalah Ms. Helen Hiemstra, Legal Adviser, ICRC Headquarters, Geneva, Switzerland, Kol (B) Azlan Iskandar bin Dato’ Abdul Ghani mantan Timbalan Pengarah CoMIHL, UPNM (2018-2019), Senior Colonel Professor Wang Haiping, National Defence University of Chinese PLA, Dr. Ummi Hani’ binti Maso’od, Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang UiTM dan Prof Madya Dr Adam Leong Kok Wey Timbalan Pengarah, Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDiSS), UPNM sebagai moderator. Program ini telah disiarkan secara langsung melalui aplikasi zoom dan Facebook CoMIHL dan melibatkan penyertaan dari dalam dan luar Malaysia. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 139 07/03/2022 11:48 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz