Laporan Tahunan UPNM 2020

137 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penyelidikan dan Inovasi pada 14 September 2020 melibatkan 5 orang felo penyelidik PKS, 3) Latihan Train the Trainer Cyber Range pada 28 September - 1 Oktober 2020 yang melibatkan 10 orang peserta dan 4) Latihan Train the Trainer Internet of Things (IOT) pada 8 Oktober 2020 yang melibatkan 12 peserta terdiri daripada felo penyelidik dan pelajar latihan industri di PKS. PERMOHONAN GERAN PROJEK MALAYSIA LABORATORIES FOR ACADEMIA - BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) Pada Oktober 2018, penyelidik daripada Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan (CODRAT) telah menghantar permohonan geran projek MyLAB kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM (kini ditukarkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi, KPT) menerusi produk Advanced Aircraft Satellite Tracking System (AASTS). Projek ini merupakan kolaborasi antara pihak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerusi CODRAT, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan syarikat Worldgate Technologies Sdn Bhd. Setelah melalui pelbagai peringkat penilaian seperti sesi pembentangan projek, lawatan tapak oleh panel penilai dan kajian pengesahan pasaran, pihak KPT bersetuju untuk menganugerahkan geran projek yang telah dimohon berjumlah RM 1.3 juta untuk jangkamasa selama dua tahun. HOW INTELLECTUAL IS YOUR PROPERTY? Unit Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) dengan kerjasama Pusat Asasi Pertahanan telah mengadakan seminar bertajuk How Intellectual Is Your Property? pada 6 Oktober 2020 bertempat di Dewan Bestari, UPNM. Tujuan utama penganjuran seminar ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih optimum kepada penyelidik UPNM berkenaan harta intelek. Ini sekaligus membawa kepada penghasilan harta intelek yang berkualiti tinggi dan mempunyai nilai kebolehpasaran seterusnya membawa kepada agenda pengkomersialan. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk membantu penyelidik UPNM lebih memahami harta intelek dan memotivasikan penyelidik menghasilkan penyelidikan yang berkualiti serta mengalakkan pembudayaan penyelidikan di kalangan penyelidik di UPNM. Seminar ini telah dihadiri oleh 50 peserta yang terdiri daripada staf akademik dan bukan akademik Pusat Asasi Pertahanan. Oleh kerana dunia sedang menghadapi pandemik Covid-19, seminar ini dilaksanakan dalam keadaan norma baharu dengan mematuhi SOP yang yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Seminar sehari ini telah berjaya berkongsi bagaimana melindungi harta intelek dan memberi kesedaran tentang perlunya melindungi hasil penyelidikan. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 137 07/03/2022 11:48 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz