Laporan Tahunan UPNM 2020

136 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penyelidikan dan Inovasi PENGAMBILAN SAMPEL KULAT DI PELABUHAN TLDM TANJUNG GELANG (MAWILLA 1), KUANTAN, PAHANG. Pada 20 September 2020, seorang Pegawai Sains dan seorang Pegawai Penyelidik UPNM telah melawat ke Pelabuhan TLDM Tanjung Gelang (MAWILLA 1), Kuantan, Pahang bagi mengambil beberapa sampel kulat daripada peralatan ketenteraan di sana. Tujuan pengambilan sampel kulat ini adalah untuk menganalisa dan mengenalpasti jenis kulat yang tumbuh di permukaan peralatan ketenteraan akibat terdedah kepada cuaca tropika. Hasil dapatan daripada sampel ini sangat berguna bagi mengenalpasti beberapa isu-isu pentropikalan yang menjadi ancaman kepada operasi peralatan, persenjataan dan infrastruktur ketenteraan di Malaysia. BENGKEL MINI PENGKOMERSIALAN ANJURAN UNIT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PENGKOMERSIALAN Bengkel Mini Pengkomersialan telah berlangsung hari ini, 22 September 2020 di Pusat Marin, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Brig Jen Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor (Bersara), Memangku Tugas, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UPNM. Seramai 26 orang penyelidik dari UPNM telah hadir ke Bengkel Mini Pengkomersialan yang diadakan di Pusat Marin, UPNM. Bengkel Mini Pengkomersialan adalah program pendedahan berkaitan pemindahan teknologi dan pengkomersialan bagi mensasarkan para penyelidik, dan pegawai pemindahan teknologi. PENGANJURAN LATIHAN DAN KURSUS PENDEK DI SEBALIK PENULARAN WABAK COVID-19 UPNM, Mac - Oktober 2020 - Pusat Keselamatan Siber telah berjaya menganjurkan beberapa siri latihan di sepanjang tahun 2020 disebalik penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan. Latihan dan kursus pendek ini diadakan di bawah program Industry@University: 4IR Competence Centre dan program Makers@University oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program yang telah dianjurkan adalah 1) Kursus Rapidminer pada 6 Mac 2020 yang melibatkan seramai 20 pelajar UPNM, 2) Latihan Tableu Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 136 07/03/2022 11:48 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz