Laporan Tahunan UPNM 2020

135 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penyelidikan dan Inovasi PUSAT KESELAMATAN SIBER (PKS) TELAH MENERIMA LAWATAN DARIPADA BAHAGIAN PENYELIDIKAN, JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) UPNM, 10 September 2020 - Pusat Keselamatan Siber (PKS) telah menerima lawatan daripada Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM). Lawatan ini bertujuan sebagai mesyuarat awal untukmengenal potensi danmenjalin hubungan kerjasama antara JPMbersama UPNM terutamanya dalambidang keselamatan siber. Antara bidang kerjasama yang dibincangkan semasa lawatan tersebut termasuklah dalam bidang data analytics dan keselamatan siber. Pada hari tersebut delegasi JPM diketuai oleh Dr. Jafri bin Abdul Jalil, Pengarah Keselamatan Siber, Bahagian Penyelidikan, JPM bersama empat (4) pegawai telah di bawa untuk melawat Makmal Forensik Siber dan Makmal Keselamatan Sistem dan Rangkaian antara makmal pengkhususan yang dikendalikan oleh PKS. Penerangan dan taklimat pula disampaikan oleh Prof Madya Mohd Hazali bin Mohamed Halip Pengarah PKS, Dr Hassan bin Mohamed Ketua Jabatan PKS dan Dr Syarifah Bahiyah Rahayu binti Syed Mansoor Felo Penyelidik PKS. BENGKEL PENGURUSAN PROJEK PENYELIDIKAN TAHUN 2020 Pada Januari 2019 yang lalu, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menyediakan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (Kini dikenali sebagai Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan berhubung tatacara pengurusan geran penyelidikan. Sehubungan itu, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Projek Penyelidikan Tahun 2020 pada 12 September 2020 bertempat di Palm Garden Hotel, IOI Resort City, Putrajaya. Bengkel ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada penyelidik dalam menguruskan projek penyelidikan mengikut tadbir urus yang telah ditetapkan, membimbing penyelidik bagi menghasilkan output penyelidikan yang mantap dan mempunyai impak yang tinggi, dan berkongsi ilmu dengan penyelidik berkaitan kaedah perancangan dan pengurusan projek penyelidikan serta prosedur perolehan dan kewangan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Lt Jen Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Jalal, Naib Canselor, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Antara penceramah jemputan luar yang berkongsi ilmu bersama dengan penyelidik UPNM ialah Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd Zain, Pengarah, Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Encik Ahmad Zakir bin Jaafar, Pengurus, UM Centre of Innovation and Commercialization dan Tuan Haji Azra’i Sh’uib, Pengurus Besar, Pusat Inovasi dan Inkubasi, TPM Corporation Sdn Bhd. Seramai 59 orang penyelidik UPNM telah menyertai bengkel ini dan mendapat maklumbalas yang begitu menggalakkan daripada para pensyarah. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 135 07/03/2022 11:48 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz