Laporan Tahunan UPNM 2020

134 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penyelidikan dan Inovasi SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT PROFESOR PELAWAT DARIPADA KOREA NATIONAL DEFENCE UNIVERSITY (KNDU) MENAMATKAN PERKHIDMATAN DI PKS UPNM, 31 Ogos 2020 - Prof Lt Col (Air Force) Lee Moon Gul daripada Korea National Defence University (KNDU) yang telah melaporkan diri bermula 1 Mac 2019 sehingga 31 Ogos 2020 telah menamatkan perkhidmatan sebagai Profesor Pelawat pada hari ini di Pusat Keselamatan Siber, UPNM. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengeratkan perhubungan dan jalinan antarabangsa antara KNDU dan UPNM lanjutan daripada Memorandum Persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani antara kedua pihak pada 7 Mac 2019 di KNDU, Korea Selatan. Antara program dan aktiviti yang telah dilaksanakan semasa dalam tempoh perkhidmatan beliau di UPNM adalah menganjurkan bersama dan menyampaikan seminar Machine Learning Meets Operation Research Seminar 2019 pada 27 Jun 2019 seminar kerjasama UPNM dan KNDU dan rakan industri WiseiTech Co. yang berpangkalan di Korea Selatan, pengarang bersama kertas penyelidikan Blockchain, mewujudkan jaringan kerjasama antarabangsa menerusi geran penyelidikan di antara UPNM dan KNDU serta menjadi pakar rujuk kepada Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan (FPPP) dan dalam bidang Operation Research kepada Jabatan Sains Pertahanan (JSP), Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP). KURSUS DAN LATIHAN ICP-MS NEXION 2000 Pada 7 dan 8 September 2020, Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia (CHEMDEF) dengan kerjasama Perkin Elmer Sdn. Bhd. telah menganjurkan kursus dan latihan ICP-MS Nexion 2000. ICP-MS merupakan alat keupayaan tinggi yang berfungsi dalammengesan kehadiran logamberat dalamsampel. Alat ini telah dibeli pada tahun 2019 dan ditempatkan di Makmal HPLC/ICPM-MS, CHEMDEF. Kursus ini telah dihadiri oleh kumpulan penyelidik dari UPNM, IMR, STRIDE dan juga MKAK. Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memberikan latihan secara teori, praktikal serta aplikasi penggunaan teknologi ini. Di samping itu, kursus ini turut menjadi platform dalammemperkenalkan peralatan-peralatan berkeupayaan tinggi yang terdapat di CHEMDEF kepada agensi-agensi kerajaan yang lain. Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 134 07/03/2022 11:48 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz