Laporan Tahunan UPNM 2020

130 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 WEBINAR PENGURUSAN POPULASI TERPINGGIR DI KUALA LUMPUR KETIKA PKP Pusat Penyelidikan Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR) dengan kerjasama Pusat Undang-Undang Ketenteraan dan Kemanusiaan Antarabangsa (CoMIHL) telah bersama menganjurkan webinar bertajuk “Pengurusan Populasi Terpinggir di Kuala Lumpur Ketika PKP” pada 12 Ogos 2020. Tujuan utama penganjuran webinar ini adalah untuk meluaskan pengetahuan umum, memberi pencerahan dan berkongsi pengajaran hasil dari pengurusan populasi yang dikategorikan sebagai terpinggir termasuklah warga miskin tegar, gelandangan, pelarian dan pendatang tanpa izin di sekitar Kuala Lumpur di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengurusan populasi terpinggir ini turut menjadi isu hangat di peringkat nasional berikutan laporan oleh saluran media Al-Jazeera pada 3 Julai 2020. Bagi memberi pencerahan dan perkongsian pengalaman yang tepat, para panel telah dijemput dari beberapa agensi berkepentingan. Ini termasuklah: (1) Puan Azizah binti Mohamed Said, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; (2) Dr. Norazman bin Mohd Rosli, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; (3) En. Ahmad Tarmidi Nawawi bin Abd. Razak, Ketua Penolong Pengarah Kanan, CawanganHubungan Multisektoral, Jabatan Kebajikan Masyarakat; dan, (4) En. Hj. Anwar bin Mohd Zain, Pengarah, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Webinar ini telah disokong oleh moderator Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong dari Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, UPNM dan telah disiarkan secara langsung di laman Facebook Jabatan Pendaftar UPNM. Sehingga penghujung Disember 2020, video webinar ini telah mencatatkan 585 tontonan dari warga UPNM dan orang awam. Penyelidikan dan Inovasi Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 130 07/03/2022 11:48 AM

RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz