123 Un i v e r s i t i P e r t a h a n a n Na s i o n a l Ma l a y s i a L A P O R A N T A H U N A N 2 0 2 0 Penyelidikan dan Inovasi SEMINAR DAN DEMONSTRASI SERSTECH 100 INDICATOR Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia dengan kerjasama bersama Interscience Sdn. Bhd. telah menganjurkan seminar dan demonstrasi bagi penggunaan Serstech 100 Indicator pada 19 Febuari 2020. Sertech 100 Indicator merupakan spektrometer Raman mudah alih yang digunakan untuk menganalisa sampel yang tidak dikenali. Penggunaan alatan ini, membolehkan analisa dapat dilakukan dengan lebih efision di lapangan. Demonstrasi penggunaan alatan ini telah dilakukan oleh Mr. Johan Reneke dari syarikat Sertech, Sweden dan turut dihadiri oleh penyarah, penyelidik dan wakil dari angkatan tentera Malaysia. PENGLIBATAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA DI DALAM PAMERAN MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2020 (MTE 2020) 20-22 Februari 2020, Kuala Lumpur - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menyertai Pameran Malaysia Technology Expo (MTE 2020) yang bermula dari 20 hingga 22 Februari 2020 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pameran MTE 2020 diadakan bertujuan untuk mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini sertamemberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan. Pameran tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada pusat pengajian tinggi, institusi penyelidikan, penyelidik persendirian dan juga sektor korporat dari negara Asia dan Eropah. Sebanyak 9 penyertaan produk daripada 9 orang pensyarah/penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut. UPNM telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu satu (1) Anugerah Khas, tiga (3) pingat emas, lima (5) pingat perak dan satu (1) pingat gangsa. Di samping itu juga, UPNM telah memenangi tempat ketiga bagi Best Booth Design Award bagi kategori Shell Scheme. Ini adalah merupakan pencapaian yang membanggakan bagi Universiti. Senarai penuh pemenang adalah seperti di Jadual 51: Jadual 51: Senarai Penuh Pemenang Bil. Medal Fakulti/ Pusat Nama Produk ANUGERAH KHAS PINGAT EMAS The Best Award for Aviation and Transportation Category Emas Emas Emas CODRAT CODRAT FSTP FPPP Advance Aircraft Satellite Tracking System Advance Aircraft Satellite Tracking System COCOBEA:Controlled Combined Beacon A Concept Of Systematic Assessment Model For Individual Readiness In The Malaysian Army Nama Penyelidik 1. 1. 2. 3. Lt Kol Prof. Madya Mohamed Tarmizi Bin Ahmad (Bersara) Lt Kol Prof. Madya Mohamed Tarmizi Bin Ahmad (Bersara) Kapt Prof. Madya Syed Nasir Alsagoff Bin Syed Zakaria Prof. Madya Dr. Hj. Hasan Al-Banna Bin Mohamed Layout (Annual Report UPNM 2020).indd 123 07/03/2022 11:48 AM
RkJQdWJsaXNoZXIy MjMxMDEz